Berita Jenayah
KKM serbu stor jual kosmetik tanpa kelulusan di Segambut, rampasan bernilai RM185,515
KUALA LUMPUR 21 Julai – Dua kediaman di Segambut yang dijadikan stor penyimpanan produk kosmetik dan makanan tambahan tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diserbu polis dalam operasi khas, Rabu lalu.
Operasi Op Taring Bravo 3 yang dijalankan oleh pasukan Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKNDKA) Bukit Aman bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, KKM dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu berjaya merampas produk bernilai RM185,515.
Pengarah JKNDKA, Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata, serbuan dilakukan sekitar jam 12.10 hingga 12.30 tengah hari di dua rumah berasingan milik seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun yang turut ditahan bersama dua wanita warga asing berusia 28 dan 30 tahun.
“Hasil pemeriksaan di premis pertama, pasukan merampas 1,972 kotak atau bekas dan 2,551 botol pelbagai jenis produk kosmetik dan makanan tambahan tanpa kelulusan KKM,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Menurut beliau, pemeriksaan seterusnya di premis kedua yang turut dimiliki suspek menemukan 180 kotak dan 895 botol produk kosmetik tidak berdaftar.
“Siasatan awal mendapati semua barangan disimpan untuk dijual secara dalam talian melalui platform media sosial,” katanya.
Azmi berkata, kes disiasat di bawah Peraturan 18A dan Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
“DBKL juga mengeluarkan notis di bawah Seksyen 26(1)(a) Akta Perancangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1982 (Akta 267) kerana menukar guna bangunan dari kediaman kepada aktiviti dagangan tanpa kebenaran,” katanya.
Tambah beliau, operasi itu bertujuan memutuskan rantaian pengedaran produk kesihatan dan makanan tidak sah, selain melindungi keselamatan pengguna serta integriti pasaran farmaseutikal negara.
“Pengguna dinasihatkan supaya peka dan bijak dalam memilih produk kesihatan dan makanan dengan mengutamakan kualiti serta akreditasi yang diperakui pihak berkuasa,” katanya.
Beliau turut memberi amaran kepada pengendali platform media sosial dan e-dagang supaya memantau aktiviti jualan agar tidak melibatkan barangan yang melanggar undang-undang.
“Orang ramai juga diminta melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan aktiviti yang mengancam keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya.
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
