Berita Jenayah
Pertengkaran rakan sebilik berakhir tragedi di Sungai Petani
SUNGAI PETANI 22 Julai – Seorang lelaki warga Myanmar maut dipercayai dibunuh rakan senegaranya dalam kejadian di sebuah tapak pembinaan di sini, malam Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 11.40 malam yang memaklumkan penemuan mayat lelaki dalam keadaan berlumuran darah.
“Siasatan awal mendapati berlaku pertengkaran antara mangsa yang berusia lingkungan 30-an dengan rakan sebiliknya, berusia sekitar 50-an, sebelum mangsa ditemukan mati dengan kesan kecederaan di perut dan leher dipercayai akibat tikaman senjata tajam,” katanya dalam kenyataan.
Suspek difahamkan melarikan diri ke kawasan belukar berhampiran sejurus kejadian.
Setakat ini, polis telah menahan 22 individu untuk membantu siasatan, termasuk pekerja di tapak pembinaan terbabit yang didapati tidak memiliki dokumen perjalanan sah atau permit kerja.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – Media Telus
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
