Berita Jenayah
Pasangan kekasih ditahan curi kepala paip bomba di pangsapuri Semenyih
KAJANG 25 Julai – Sepasang kekasih ditahan polis selepas disyaki mencuri kepala paip bomba (nozzle) di sebuah pangsapuri di Semenyih dalam kejadian yang dilaporkan pada 30 Jun lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, suspek lelaki dan wanita tempatan berusia 43 dan 44 tahun itu ditahan kira-kira jam 10.30 malam, semalam.
“Hasil siasatan mendapati sebanyak 26 unit nozzle paip bomba dari tingkat lima hingga tingkat 17 telah dicuri. Susulan itu, kami menahan pasangan berkenaan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semakan rekod jenayah mendapati lelaki terbabit mempunyai tujuh rekod berkaitan narkotik dan satu jenayah, manakala pasangannya mempunyai lapan rekod narkotik dan lima kes jenayah.
“Kedua-dua mereka juga didapati positif methamphetamine menerusi ujian saringan awal air kencing,” katanya.
Naazron berkata, pasangan itu kini direman selama tiga hari sehingga Ahad bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat, Sarjan Karunagaran di talian 012-2449414.
“Orang awam juga digalakkan menghubungi Pusat Kawalan Daerah di talian 03-8911 422 sekiranya berlaku sebarang jenayah di kawasan mereka bagi membolehkan tindakan segera diambil,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohammad berkata pihaknya kesal dengan kejadian itu selepas tular sebuah video menunjukkan seorang wanita merosakkan dan mengambil kepala hos bomba di sebuah perumahan.
Katanya, tindakan sedemikian tidak sepatutnya berlaku kerana peralatan itu penting untuk kegunaan kecemasan. – Media Telus
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
