Berita Jenayah
Lelaki maut dipukul selepas cuba ragut guru tadika di Cheras
KUALA LUMPUR 25 Julai – Seorang lelaki dipercayai warga asing maut selepas dipukul orang awam ketika cuba melakukan jenayah ragut terhadap seorang guru tadika wanita berhampiran kawasan perumahan di Batu 9, Cheras pada Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada jam 11.10 pagi.
“Anggota dari Balai Polis Batu 9 Cheras yang segera ke lokasi kejadian mendapati seorang lelaki terbaring dalam keadaan cedera serta tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pemeriksaan oleh pasukan perubatan yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia, dipercayai akibat dipukul orang awam.
Menurut Naazron, lelaki yang disyaki peragut itu berkulit cerah, dianggarkan berketinggian 160 sentimeter, memakai kemeja-T hitam dan seluar pendek bercorak logo ‘Adidas’. Dia juga tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.
Bedah siasat telah dijalankan pada hari sama dan punca kematian diklasifikasikan sebagai “pending laboratory analysis” oleh pakar patologi.
Berikutan kejadian itu, polis telah menahan lapan lelaki tempatan berusia antara 22 hingga 72 tahun pada jam 7.46 malam hari kejadian bagi membantu siasatan. Mereka kini direman selama enam hari sehingga 28 Julai.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun. Jika tidak dijatuhi hukuman mati, pesalah boleh dikenakan tidak kurang daripada 12 sebatan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian atau identiti si mati diminta menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Ong Eng Yew di talian 012-696 6849 atau mana-mana balai polis berhampiran. – Media Telus
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
