Berita Jenayah
936 ayam sabung baka Filipina dirampas, tiga individu ditahan
KUALA LUMPUR 28 Julai – Polis merampas sebanyak 936 ekor ayam sabung baka dari Filipina serta menahan tiga individu termasuk dua warga asing dalam satu serbuan di Papar, Sabah pada Jumaat lalu.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) JKDNKA berkaitan penyimpanan baka ayam sabung tanpa lesen sah di kawasan terbabit.
“Serbuan dijalankan pada jam 10.35 pagi dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Cawangan Kota Kinabalu. Turut dirampas, 30 sangkar besi, 107 besi penanda ayam serta pelbagai jenis vitamin dan ubat-ubatan untuk kegunaan ayam.
“Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM4.68 juta,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Menurut beliau, operasi tersebut dijalankan bagi mengekang aktiviti pemeliharaan ayam sabung dari luar negara tanpa lesen serta membanteras perjudian sabung ayam di negeri berkenaan.
Mereka yang ditahan terdiri daripada seorang lelaki tempatan dan masing-masing seorang lelaki warga Indonesia serta Filipina berusia antara 38 hingga 59 tahun.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) Enakmen Haiwan 2015 kerana disyaki mengimport haiwan tanpa lesen sah,” katanya.
Dalam pada itu, Azmi memaklumkan pihaknya telah melaksanakan 179 serbuan di seluruh negara sejak Januari hingga Ahad lalu, melibatkan penahanan 314 individu atas pelbagai kesalahan.
“Nilai keseluruhan rampasan bagi tempoh tersebut dianggarkan berjumlah lebih RM550 juta,” ujarnya. – Media Telus
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
