Berita Jenayah
Lelaki ditahan, dua diburu curi telur penyu di Cherating
KUANTAN 28 Julai – Seorang lelaki ditahan manakala dua lagi rakannya sedang diburu polis selepas disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri telur penyu di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, Cherating, hari ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintenden Mohd Adli Mat Daud berkata, suspek berusia 51 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Cherating kira-kira jam 1 tengah hari dan hasil ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah.
Katanya, polis menerima laporan daripada Jabatan Perikanan Pahang pada jam 10 pagi susulan penularan video di media sosial yang memaparkan tiga lelaki mengusung seekor penyu di pantai berkenaan.
“Siasatan mendapati kejadian berlaku sekitar jam 7 pagi semalam dan ketiga-tiga suspek merupakan penduduk tempatan yang dipercayai terlibat dalam aktiviti mencuri telur penyu.
“Visual tular itu dirakam seorang pelancong tempatan yang terserempak dengan suspek sedang membawa penyu ke sebuah lubang yang telah digali bagi mempercepatkan proses bertelur. Mereka dipercayai mahu mengambil telur penyu untuk dijual atau kegunaan haram,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Mohd Adli, identiti dua lagi suspek telah dikenal pasti dan usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan.
Suspek yang ditahan akan diserahkan kepada Jabatan Perikanan untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 27 Akta Perikanan 1985 yang melarang mana-mana individu mengganggu, menangkap atau mengambil penyu. Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda hingga RM5,000. – Media Telus
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
