Berita Jenayah
Ejen penapis air didakwa peluk, cium, raba remaja 17 tahun ketika datang servis di rumah mangsa
BUTTERWORTH 28 Julai – Seorang ejen penapis air didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di Tasek Gelugor pada minggu lalu.
Menurut laporan Malaysiagazette, tertuduh, Mahmad Jefri Mat Noh, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang perempuan berusia 17 tahun dengan memeluk badan, mencium bibir serta meraba bahagian dada dan kemaluan remaja tersebut.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Chempedak, Tasek Gelugor dekat sini pukul 4.50 petang pada 21 Julai lalu.
Tertuduh dibenarkan ikat jamin.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Aini Yahya tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh.
Bagaimanapun, peguam Hairul Alif Hairul Azam yang mewakili tertuduh dalam mitagasi rayuan mohon mahkamah membenarkan jaminan atas budi bicara dengan alasan lelaki itu bekerja sebagai ejen sebuah syarikat penapis air serta perlu menanggung empat orang anak berusia antara dua hingga 10 tahun.
“Anak guam saya juga memberi kerjasama penuh kepada pihak polis sepanjang siasatan dijalankan selain bersetuju akan mematuhi segala syarat tambahan yang ditetapkan mahkamah,” katanya.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan syarat tambahan agar tidak mengganggu mangsa dan saksi sehingga kes selesai.
Kes ditetapkan 28 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula dan serahan dokumen.
Difahamkan, tertuduh melakukan perbuatan keji itu ketika hadir untuk servis penapis air di rumah mangsa.
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
