Berita Jenayah
Tiga penjawat awam antara lima ditahan, dadah dan senjata dirampas di Lahad Datu
LAHAD DATU 29 Julai – Tiga penjawat awam antara lima lelaki yang ditahan polis dalam operasi Op Tapis di Taman Harapan, Jalan Silam di sini semalam, membabitkan rampasan pelbagai jenis dadah dan senjata berbahaya.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, pemeriksaan mendapati terdapat dadah jenis syabu seberat 0.41 gram, 224 liter air ketum dan 8.20 liter ubat batuk.
“Turut dirampas ialah sebilah pedang samurai dan enam bilah parang, dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM11,655.40,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, ujian saringan air kencing mendapati seorang daripada suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.
Kesemua suspek berusia antara 24 hingga 38 tahun telah direman dan disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952; Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 serta Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan serta Senjata Berbahaya 1958. – Media Telus
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
