Berita Jenayah
Polis tidak tolak unsur khianat dalam kebakaran rumah di Segamat
SEGAMAT 29 Julai – Polis tidak menolak kemungkinan wujud unsur khianat dalam insiden kebakaran membabitkan lima buah rumah di Jalan Francis Khoo, Bukit Siput di sini pada Jumaat lalu yang mengorbankan seorang wanita warga emas.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai mempunyai elemen khianat, namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.15 pagi itu, mangsa, Tan Ah Gek, 73, ditemukan rentung di ruang dapur rumahnya selepas dipercayai terperangkap ketika cuba menyelamatkan barang-barang peribadi.
Menurut Ahmad Zamry, kejadian disedari seorang penghuni yang melihat api di garaj rumahnya sebelum mengejutkan ahli keluarga untuk menyelamatkan diri.
“Bagaimanapun, ibu mentuanya dipercayai masuk semula ke dalam rumah dan gagal keluar semula,” katanya.
Kebakaran yang turut memusnahkan lima buah kenderaan itu berjaya dikawal sekitar jam 8 pagi. Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Segamat untuk bedah siasat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 304A dan Seksyen 436 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat di talian 07-9324222. – Media Telus
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
