Berita Jenayah
81 lelaki Indonesia kantoi curi buah sawit di Perak
TELUK INTAN 29 Julai – Seramai 81 lelaki warga Indonesia ditahan pihak berkuasa kerana disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri buah kelapa sawit dalam satu Operasi Helang Hilir Fasa 2 yang dijalankan di sekitar daerah Hilir Perak awal pagi Selasa.
Operasi bersepadu yang bermula jam 1 pagi itu diketuai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, membabitkan kekuatan 33 pegawai dan anggota serta serbuan ke atas 19 lokasi, termasuk kawasan kebun dan rumah kongsi pekerja ladang sawit.
Menurut Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin, semua suspek yang ditahan berusia antara 20 hingga 56 tahun dan diberkas dalam beberapa serbuan berasingan di Langkap, Labu Kubong, Chui Chak dan Teluk Intan.
“Daripada jumlah tangkapan, seramai 56 suspek didapati tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.
“Seramai 25 individu lagi mempunyai permit atau pas lawatan yang telah tamat tempoh,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tambah Bakri, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan kesemua tangkapan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan bagi permohonan tahanan reman untuk siasatan lanjut.
Beliau berkata, operasi tersebut adalah langkah berterusan bagi membanteras kegiatan kecurian buah kelapa sawit yang semakin berleluasa, khususnya membabitkan warga asing.
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
