Berita Jenayah
'Geng Magic' libatkan lima warga asing ditahan tipu pelancong di Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR 29 Julai – Seramai lima individu warga asing yang digelar sebagai ‘geng magic’ ditahan polis selepas dipercayai memperdaya pelancong asing bagi mendapatkan wang tunai milik mereka.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, kesemua suspek berasal dari Timur Tengah dan ditahan dalam dua serbuan berasingan pada 22 dan 24 Julai lalu di sekitar ibu kota.
“Modus operandi mereka ialah berpura-pura berminat untuk melihat mata wang asing yang dimiliki mangsa, sebelum menggunakan kemahiran tertentu untuk mencuri wang tersebut tanpa disedari.
“Dalam serbuan pertama di sekitar Jalan Sultan Ismail, tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 20 hingga 50 tahun ditahan, selain rampasan wang tunai berjumlah lebih RM16,000 dari pelbagai mata wang Eropah, Asia Selatan, Timur Tengah, Asia Tengah dan Asia Tenggara,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, hari ini.
Tambah beliau, serbuan kedua dilakukan di Jalan Bukit Bintang melibatkan seorang lelaki warga asing berusia lingkungan 20-an dengan rampasan wang tunai lebih RM360.
Siasatan mendapati kesemua suspek telah berada di Malaysia sejak September tahun lalu dan mendakwa masuk ke negara ini melalui Bukit Kayu Hitam. Namun, mereka memberi alasan telah kehilangan pasport semasa ditahan.
“Sejak tahun lalu, lebih 50 laporan polis telah diterima membabitkan taktik penipuan seperti ini. Polis akan terus mempergiat penguatkuasaan bagi menjamin keselamatan pelancong asing di ibu negara,” jelasnya.
Empat suspek dari serbuan pertama direman selama empat hari bermula 23 Julai hingga 26 Julai mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) dan kemudiannya disambung reman selama 14 hari di bawah Akta Imigresen 1959/63 sehingga 9 Ogos.
Suspek kelima yang ditahan dalam serbuan kedua pula direman dari 25 Julai hingga 28 Julai dan turut disambung reman selama 14 hari di bawah akta sama hingga 11 Ogos ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
“Kita percaya masih terdapat individu lain menggunakan modus operandi sama yang masih bergiat aktif di sekitar Kuala Lumpur,” katanya. – Media Telus
Berita berkaitan
October 31, 2025, 3:01 pm
Konon mahu ubah nasib mangsa, sami dijel 15 tahun rogol remaja dalam kebun sawit
October 6, 2025, 7:09 pm
Polis buka kertas siasatan tatatertib terhadap pegawai dan anggota didakwa tawar sogokan RM500
October 1, 2025, 6:28 pm
Dua lelaki curi beg sekolah dari motosikal di Kluang
October 1, 2025, 12:17 pm
Dua lagi remaja ditahan kes serangan terhadap pemandu Myvi
September 30, 2025, 10:53 am
Sembilan remaja ditahan kes kepung dan serang Myvi di Serdang
September 29, 2025, 8:05 pm
Pemilik syarikat pakej perkahwinan tipu pelanggan lebih RM309,000 ditahan polis
September 29, 2025, 2:41 pm
(VIDEO) Penunggang motosikal cedera dirempuh Myvi pandu melulu di Kajang
September 25, 2025, 9:17 am
(VIDEO) Pemandu E-Hailing pandu melulu, hampir rempuh pejalan kaki ditahan polis
September 24, 2025, 11:27 am
