Berita Jenayah
Pelajar tingkatan dua tumbuk guru kerana ditegur ponteng kelas
KAJANG 30 Julai – Seorang pelajar tingkatan dua ditahan polis selepas dipercayai menumbuk dan mengugut guru lelaki di sebuah sekolah menengah di sini semalam, berikutan tidak berpuas hati ditegur kerana ponteng kelas.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, guru berusia 29 tahun itu membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut pada jam 7.15 malam.
KLIK SINI UNTUK TONTON VIDEO PENUH
“Hasil siasatan mendapati pelajar berkenaan tidak menghadiri kelas pendidikan jasmani yang sepatutnya dijalankan di padang. Guru terbabit menegur suspek sebelum berlaku pergelutan dan pelajar itu mengugut serta menumbuk mangsa di muka,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Naazron, insiden tersebut turut disaksikan beberapa guru dan pelajar lain serta tular di media sosial.
Pelajar lelaki berusia 14 tahun itu ditahan di sekitar Kajang dan direman selama dua hari sehingga esok.
Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 323, manakala Seksyen 506 memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Naazron berkata, kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan suspek dijangka didakwa di Mahkamah Kajang esok.
Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Amirul Wahid di talian 013-5495236 bagi membantu siasatan.
Terdahulu, tular satu klip video berdurasi 38 saat di media sosial memaparkan pertengkaran antara dua individu, di mana salah seorang dilihat menumbuk pipi pihak satu lagi. – Media Telus.
Berita berkaitan
October 31, 2025, 3:01 pm
Konon mahu ubah nasib mangsa, sami dijel 15 tahun rogol remaja dalam kebun sawit
October 6, 2025, 7:09 pm
Polis buka kertas siasatan tatatertib terhadap pegawai dan anggota didakwa tawar sogokan RM500
October 1, 2025, 6:28 pm
Dua lelaki curi beg sekolah dari motosikal di Kluang
October 1, 2025, 12:17 pm
Dua lagi remaja ditahan kes serangan terhadap pemandu Myvi
September 30, 2025, 10:53 am
Sembilan remaja ditahan kes kepung dan serang Myvi di Serdang
September 29, 2025, 8:05 pm
Pemilik syarikat pakej perkahwinan tipu pelanggan lebih RM309,000 ditahan polis
September 29, 2025, 2:41 pm
(VIDEO) Penunggang motosikal cedera dirempuh Myvi pandu melulu di Kajang
September 25, 2025, 9:17 am
(VIDEO) Pemandu E-Hailing pandu melulu, hampir rempuh pejalan kaki ditahan polis
September 24, 2025, 11:27 am
