Berita Jenayah
Lelaki gagal seludup 14 kambing di sempadan Kelantan
PASIR MAS 30 Julai – Seorang lelaki berusia 41 tahun ditahan ketika cuba menyeludup 14 ekor kambing menggunakan trak pikap di kawasan Chabang Empat Tendong, semalam.
Suspek diberkas anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) kira-kira jam 7 malam ketika memandu trak jenis Mitsubishi Triton dalam keadaan mencurigakan semasa Op Taring Wawasan dijalankan.
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Ab. Hamid berkata, hasil pemeriksaan mendapati terdapat 14 ekor kambing di ruang belakang kenderaan berkenaan.
"Suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan haiwan tersebut yang dianggarkan bernilai RM10,500," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Siasatan lanjut mendapati lelaki itu dipercayai bertindak sebagai penghantar kambing tersebut untuk pasaran tempatan.
Kesemua haiwan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan untuk tindakan lanjut, dan kes disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953. – Media Telus
Berita berkaitan
December 18, 2025, 9:21 am
Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
