Berita Berita
Nahas UPSI: Syarikat bas didenda RM20,000 sewa permit kepada pengendali pelancongan tanpa lesen
KUALA LUMPUR 7 Nov - Sebuah syarikat bas, Kenari Utara Travel & Tours Sdn Bhd, didenda RM20,000 selepas mengaku bersalah menjual bas persiaran bernombor pendaftaran PLD 8892 dan menyewa permit bas tersebutkepada Noreen Maju Trading, sebuah entiti yang menjalankan perniagaan pengendalian pelancongan tanpa lesen di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482].
Bas persiaran berkenaan sebelum ini terbabit dalam kemalangan maut di Gerik, Perak, ketika membawa sekumpulan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pulang ke kampus di Tanjong Malim pada 9 Jun lalu.
Mahkamah Majistret Gerik pada 3 November lalu mensabitkan syarikat itu atas dua pertuduhan di bawah Peraturan 6(1)(f) Peraturan-Peraturan Industri Pelancongan 1992, kerana gagal mematuhi syarat lesen yang melarang sebarang urus niaga dengan pihak tidak berlesen.
Menurut kenyataan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM10,000 bagi setiap pertuduhan, dan kegagalan membayar denda boleh membawa hukuman penjara hingga lima tahun.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Zulaikha Mahadi bersama Pegawai Pendakwa MOTAC Nurul Hidayah Aman.
“MOTAC komited untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang mengancam keselamatan dan integriti industri pelancongan negara,” menurut kenyataan itu.
MOTAC turut menegaskan bahawa pelanggaran Akta 482 dan peraturannya merupakan kesalahan jenayah seriusyang boleh menjejaskan keselamatan pengunjung dan reputasi industri pelancongan negara.
Dalam tragedi awal pagi 9 Jun lalu, 15 penuntut UPSI maut apabila bas sewa khas yang membawa mereka dari Jertih, Terengganu ke kampus utama Tanjong Malim terlibat dalam kemalangan di Jalan Raya Timur–Barat (JRTB)berhampiran Tasik Banding, Gerik.
Kejadian itu turut mengakibatkan 33 individu cedera, termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV).
Berita berkaitan
April 6, 2026, 8:16 pm
Tragedi memancing di Sungai Kubang Rotan: Lelaki 24 tahun maut bot terbalik
April 6, 2026, 8:11 pm
90% pengilang jangka gangguan rantaian bekalan, FMM rayu subsidi diesel sektor pembuatan
April 6, 2026, 7:52 pm
'Tiada empati & membazir' – Nurul Izzah bidas konvoi motosikal PN ketika krisis tenaga
April 6, 2026, 7:47 pm
Agong, Raja Permaisuri santuni balu mangsa nahas pemandu mabuk di Klang
April 6, 2026, 7:44 pm
Kemarau berpanjangan: Kelantan lapor penyusutan paras air sungai, gesa rakyat berjimat
April 6, 2026, 7:40 pm
Selangor laksanakan BDR, tangguh lawatan luar negara & tubuh Pasukan Petugas Khas
April 6, 2026, 7:36 pm
Wanita maut selepas tidak sedarkan diri di bilik hotel Tanjung Tokong
April 6, 2026, 7:31 pm
Saman fitnah 'ceramah masjid' selesai: Papagomo mohon maaf, bersetuju isu hanya salah faham
April 6, 2026, 7:27 pm
Anak Tun Daim, Asnida bakal dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur pagi esok
April 6, 2026, 7:18 pm
