Berita Berita
Lelaki baru dua hari kahwin ditemui maut tergantung atas pokok semambu di Baling
BALING 10 Nov - Kegembiraan seorang lelaki yang baru dua hari mendirikan rumah tangga bertukar tragedi apabila dia ditemui maut dalam keadaan tergantung pada sebatang pokok semambu di Kampung Lubuk Kabu, Kuala Pegang, dekat sini, hari ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Ahmad Salimi Md Ali, berkata pihaknya menerima laporan orang awam mengenai penemuan mayat berkenaan kira-kira jam 11.30 pagi.
Susulan itu, pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling) bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan lanjut.
“Hasil siasatan di lokasi mendapati si mati berusia 34 tahun adalah penduduk di kampung itu.
Lelaki berkenaan dikatakan telah memanjat sebatang pokok semambu setinggi hampir lima meter di sebelah sebuah rumah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Ahmad Salimi, mangsa difahamkan baru sahaja berkahwin dua hari sebelum kejadian.
Petugas dari Klinik Kesihatan Kupang yang hadir ke lokasi mengesahkan lelaki itu meninggal dunia di tempat kejadian.
Mayat kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.
Berita berkaitan
April 6, 2026, 8:16 pm
Tragedi memancing di Sungai Kubang Rotan: Lelaki 24 tahun maut bot terbalik
April 6, 2026, 8:11 pm
90% pengilang jangka gangguan rantaian bekalan, FMM rayu subsidi diesel sektor pembuatan
April 6, 2026, 7:52 pm
'Tiada empati & membazir' – Nurul Izzah bidas konvoi motosikal PN ketika krisis tenaga
April 6, 2026, 7:47 pm
Agong, Raja Permaisuri santuni balu mangsa nahas pemandu mabuk di Klang
April 6, 2026, 7:44 pm
Kemarau berpanjangan: Kelantan lapor penyusutan paras air sungai, gesa rakyat berjimat
April 6, 2026, 7:40 pm
Selangor laksanakan BDR, tangguh lawatan luar negara & tubuh Pasukan Petugas Khas
April 6, 2026, 7:36 pm
Wanita maut selepas tidak sedarkan diri di bilik hotel Tanjung Tokong
April 6, 2026, 7:31 pm
Saman fitnah 'ceramah masjid' selesai: Papagomo mohon maaf, bersetuju isu hanya salah faham
April 6, 2026, 7:27 pm
Anak Tun Daim, Asnida bakal dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur pagi esok
April 6, 2026, 7:18 pm
