Berita Berita
Anwar umum 10 calon PKR bertanding di Sabah, tekad kukuhkan suara rakyat di DUN
KOTA KINABALU 10 Nov - Perdana Menteri merangkap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam ini mengumumkan 10 calon PKR yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17) sebagai sebahagian daripada gabungan Pakatan Harapan (PH).
Pengumuman itu dibuat pada majlis di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, malam Ahad.
Anwar berkata, kesemua calon dipilih berdasarkan latar belakang berwibawa serta komitmen mereka dalam memperjuangkan keadilan dan pembangunan rakyat Sabah.
Antara kerusi yang ditandingi termasuk DUN Inanam, Api-Api, Merotai, Melalap, Sindumin, Tulid, Gum-Gum, Karamunting, Segama dan Petagas.
“Saya mengumumkan calon PH bagi DUN Inanam, Datuk Peto Galim.
Kita juga ada calon wanita bagi DUN Tulid, Datin Rufinah Pengeran, serta tokoh pakar undang-undang bagi DUN Petagas, Awang Husaini Sahari.
Bagi DUN Segama, calon kita ialah Romansa Lamin, manakala pengerusi persatuan nelayan kawasan, Abdul Said Pimping, akan bertanding di DUN Gum-Gum.
Seorang peguam muda lulusan luar negara, Thonny Chee, akan bertanding di DUN Api-Api, dan bekas pegawai kanan kerajaan paling senior, Datuk Ruji Ubi, di DUN Merotai.
Sementara itu, aktivis NGO, Datuk Jamawi Jaafar, dinamakan sebagai calon di DUN Melalap; bekas Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Yamani Hafez Musa, di DUN Sindumin; dan penyandang DUN Karamunting, George Hiew, turut dikekalkan,” katanya.
Sebelum itu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) memaklumkan bahawa gabungan itu akan bertanding di sekitar 23 kerusi DUN Sabah pada PRN kali ini.
“Kita akan dengar pelbagai pandangan, tapi mesti bicara berasaskan kenyataan. PH bertanding sekitar 23 kerusi.
Kita bukan berebut atas nama PH untuk membentuk kerajaan Sabah, tetapi memastikan ada perwakilan kuat bagi menjamin hubungan baik antara kerajaan Sabah dan Persekutuan,” katanya.
Beliau menegaskan, matlamat utama PH adalah memastikan wakil rakyat yang dipilih menjadi suara rakyat Sabah di Dewan Undangan Negeri, memperjuangkan keadilan dan membetulkan sebarang kelemahan pentadbiran demi mengangkat martabat negeri itu.
“Lebih penting, 23 wakil rakyat ini mesti menang supaya mereka menjadi pembicara dan penegak keadilan serta memastikan kesejahteraan rakyat Sabah terus dipelihara,” katanya.
Berita berkaitan
January 11, 2026, 6:36 pm
Azam Baki sahkan Panglima tentera dipanggil SPRM kes rasuah terbaru
January 11, 2026, 2:41 pm
Ketegangan di Iran: Rakyat Malaysia dinasihat berwaspada, patuh arahan pihak berkuasa
January 11, 2026, 12:22 pm
Pelajar 15 tahun maut hari pertama persekolahan di Terengganu
January 11, 2026, 12:09 pm
'Wakil rakyat boleh cuba duduk sebelah ladang babi, rasai pengalaman sebenar penduduk' - Sultan Selangor
January 11, 2026, 11:58 am
Tragedi budak ditarik ombak: Mayat Muhammad Zarif ditemukan awal pagi tadi
January 11, 2026, 11:37 am
Penumpang tersepit tahan sakit tiga jam, 15 cedera nahas bas ekspres, lori di laluan Sungai Buaya-Rawang
January 11, 2026, 8:07 am
'Enough is enough' - Akmal Saleh gesa wajibkan saringan harta sebelum pelantikan jawatan tinggi
January 10, 2026, 4:20 pm
SPRM sita 23 jam tangan Rolex bernilai RM2 juta di rumah isteri kedua bekas PTD
January 10, 2026, 2:09 pm
20 pegawai TUDM sah terlibat budaya Yeye', bakal berdepan tindakan tegas
January 10, 2026, 1:22 pm
