Berita Berita
Taufan Fung-Wong dikesan hampiri Filipina, MetMalaysia keluar nasihat cuaca buruk di beberapa negeri
KUALA LUMPUR 10 Nov - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan nasihat berhubung Taufan Fung-Wong yang dikesan berhampiran Filipina dan dijangka menyebabkan angin kencang serta laut bergelora di beberapa kawasan perairan Laut China Selatan.
Dalam kenyataannya, MetMalaysia memaklumkan taufan itu kini berada kira-kira 129 kilometer ke barat daya Vigan City, Filipina, awal pagi tadi.
“Taufan Fung-Wong bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 30 kilometer sejam (km/j), manakala kelajuan angin maksimum direkodkan pada 120 km/j.
Ia kini berada pada kedudukan latitud 17.4 darjah utara dan longitud 119.2 darjah timur, kira-kira 1,196 km ke timur laut Kudat, Sabah,” menurut kenyataan itu.
MetMalaysia berkata, keadaan cuaca berangin dan laut bergelora dijangka berlaku di beberapa kawasan perairan Laut China Selatan susulan kesan tidak langsung daripada sistem taufan itu.
Selain itu, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut dikeluarkan di beberapa negeri termasuk Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Johor sehingga jam 12 tengah hari ini.
Antara kawasan yang dijangka terjejas termasuk:
-
Kedah: Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.
-
Perak: Kerian, Larut Matang dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk serta Hilir Perak.
-
Selangor: Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.
-
Negeri Sembilan: Jelebu dan Seremban.
-
Johor: Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
MetMalaysia turut menasihati orang ramai, terutamanya nelayan dan penduduk di kawasan pesisir pantai, agar berwaspada terhadap perubahan cuaca serta mengikuti perkembangan terkini melalui portal rasmi dan media sosial jabatan itu.
Berita berkaitan
April 6, 2026, 8:16 pm
Tragedi memancing di Sungai Kubang Rotan: Lelaki 24 tahun maut bot terbalik
April 6, 2026, 8:11 pm
90% pengilang jangka gangguan rantaian bekalan, FMM rayu subsidi diesel sektor pembuatan
April 6, 2026, 7:52 pm
'Tiada empati & membazir' – Nurul Izzah bidas konvoi motosikal PN ketika krisis tenaga
April 6, 2026, 7:47 pm
Agong, Raja Permaisuri santuni balu mangsa nahas pemandu mabuk di Klang
April 6, 2026, 7:44 pm
Kemarau berpanjangan: Kelantan lapor penyusutan paras air sungai, gesa rakyat berjimat
April 6, 2026, 7:40 pm
Selangor laksanakan BDR, tangguh lawatan luar negara & tubuh Pasukan Petugas Khas
April 6, 2026, 7:36 pm
Wanita maut selepas tidak sedarkan diri di bilik hotel Tanjung Tokong
April 6, 2026, 7:31 pm
Saman fitnah 'ceramah masjid' selesai: Papagomo mohon maaf, bersetuju isu hanya salah faham
April 6, 2026, 7:27 pm
Anak Tun Daim, Asnida bakal dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur pagi esok
April 6, 2026, 7:18 pm
