Berita Berita
Hargai kerja keras, komitmen, Sanusi umum bonus RM2,000 untuk penjawat awam Kedah
ALOR SETAR 10 Nov - Kerajaan Kedah mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan RM2,000 kepada 4,941 penjawat awam negeri dan anggota pentadbiran sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen serta dedikasi mereka dalam melaksanakan tanggungjawab.
Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata bantuan khas itu akan disalurkan secara berperingkat pada Januari dan Mac 2026, melibatkan peruntukan keseluruhan kira-kira RM10 juta.
“Kerjasama erat antara kepimpinan politik dan jentera pentadbiran adalah kunci kejayaan kita membangunkan Kedah yang dicintai ini.
Sebagai menghargai usaha keras ini, kerajaan negeri meluluskan bantuan khas kewangan berjumlah keseluruhan sebanyak RM10 juta,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Kedah 2026 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, di Wisma Darul Aman, hari ini.
Muhammad Sanusi menegaskan, kerajaan negeri amat menghargai semangat dan kecekapan penjawat awam yang terus memastikan dasar pembangunan dilaksanakan dengan berkesan demi kesejahteraan rakyat.
Berita berkaitan
April 6, 2026, 8:16 pm
Tragedi memancing di Sungai Kubang Rotan: Lelaki 24 tahun maut bot terbalik
April 6, 2026, 8:11 pm
90% pengilang jangka gangguan rantaian bekalan, FMM rayu subsidi diesel sektor pembuatan
April 6, 2026, 7:52 pm
'Tiada empati & membazir' – Nurul Izzah bidas konvoi motosikal PN ketika krisis tenaga
April 6, 2026, 7:47 pm
Agong, Raja Permaisuri santuni balu mangsa nahas pemandu mabuk di Klang
April 6, 2026, 7:44 pm
Kemarau berpanjangan: Kelantan lapor penyusutan paras air sungai, gesa rakyat berjimat
April 6, 2026, 7:40 pm
Selangor laksanakan BDR, tangguh lawatan luar negara & tubuh Pasukan Petugas Khas
April 6, 2026, 7:36 pm
Wanita maut selepas tidak sedarkan diri di bilik hotel Tanjung Tokong
April 6, 2026, 7:31 pm
Saman fitnah 'ceramah masjid' selesai: Papagomo mohon maaf, bersetuju isu hanya salah faham
April 6, 2026, 7:27 pm
Anak Tun Daim, Asnida bakal dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur pagi esok
April 6, 2026, 7:18 pm
