Berita Berita
Gempa 7.5 gegar Jepun, Wisma Putra sah tiada rakyat Malaysia terjejas
PUTRAJAYA 9 Dis - Wisma Putra memaklumkan bahawa setakat ini tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas susulan gempa bumi berkuasa 7.5 magnitud yang melanda timur laut Jepun pada 11.15 malam waktu tempatan, Isnin.
Menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri, kejadian berlaku pada kedalaman 54 kilometer, kira-kira 80 kilometer dari pesisir Aomori, sebelum mencetuskan amaran tsunami yang kemudiannya ditarik balik oleh pihak berkuasa Jepun.
Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo kini berada dalam keadaan siap siaga dan terus memantau situasi dengan rapat, selain berhubung secara berterusan dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini. Wisma Putra turut menasihatkan rakyat Malaysia yang berada atau melancong di kawasan terjejas supaya berwaspada, mengelak kawasan pantai, serta mematuhi arahan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Jepun.
Rakyat Malaysia di Jepun juga digalakkan mendaftar keberadaan mereka dengan Kedutaan Malaysia di Tokyo bagi memastikan komunikasi dan bantuan dapat disalurkan dengan cepat sekiranya diperlukan.
Untuk bantuan konsular, Kedutaan Malaysia di Tokyo boleh dihubungi melalui:
+81-3-3476-3840 (pertanyaan umum) +81-80-4322-3366 (kecemasan) E-mel: consular.tyo@kln.gov.my
Wisma Putra memaklumkan bahawa pihaknya akan terus memantau keadaan dan mengeluarkan maklumat terkini dari semasa ke semasa.
Berita berkaitan
April 6, 2026, 11:51 pm
Tawaran ambil alih RM11 bilion Sunway gagal, pegangan IJM tidak cecah 50 peratus
April 6, 2026, 10:57 pm
Suhu 'aircond' minimum 24 darjah Celsius, penjawat awam digalak pakai batik setiap hari
April 6, 2026, 10:26 pm
JPN tak sekat rakyat guna MyKad untuk subsidi BUDI95 asalkan ikut undang-undang
April 6, 2026, 8:16 pm
Tragedi memancing di Sungai Kubang Rotan: Lelaki 24 tahun maut bot terbalik
April 6, 2026, 8:11 pm
90% pengilang jangka gangguan rantaian bekalan, FMM rayu subsidi diesel sektor pembuatan
April 6, 2026, 7:52 pm
'Tiada empati & membazir' – Nurul Izzah bidas konvoi motosikal PN ketika krisis tenaga
April 6, 2026, 7:47 pm
Agong, Raja Permaisuri santuni balu mangsa nahas pemandu mabuk di Klang
April 6, 2026, 7:44 pm
Kemarau berpanjangan: Kelantan lapor penyusutan paras air sungai, gesa rakyat berjimat
April 6, 2026, 7:40 pm
Selangor laksanakan BDR, tangguh lawatan luar negara & tubuh Pasukan Petugas Khas
April 6, 2026, 7:36 pm
