Berita Berita
'Keadaan dah berbeza, tak patut ungkit janji lama Adam Adli hapus hutang PTPTN' – AMK
KUALA LUMPUR 19 Dis - Kritikan berterusan terhadap Adam Adli Abd Halim berhubung janji lamanya untuk menghapuskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) disifatkan sebagai tidak adil memandangkan konteks dan peranannya ketika ini sudah berubah.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, janji tersebut dibuat ketika Adam Adli masih bergelar aktivis, berbeza dengan kedudukannya sekarang sebagai sebahagian daripada pentadbiran kerajaan selepas dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi.
“Saya yakin kalau ruang diberikan, kita boleh sama-sama cari jalan untuk tambah baik sistem pendidikan kita, tidak hanya melalui PTPTN tetapi melalui banyak lagi inisiatif lain,” katanya menerusi program SKOP MG malam tadi bertajuk ‘Rombakan Kabinet: Game Changer Atau Biasa-biasa?’.
Beliau mengulas komen negatif serta sindiran segelintir rakyat terhadap Adam Adli susulan pelantikan itu, khususnya berkaitan tuntutan agar janji penghapusan hutang PTPTN dilaksanakan segera.
Muhammad Kamil meminta semua pihak menilai isu tersebut berdasarkan realiti semasa dan perubahan landskap ekonomi negara.
“Kalau kita bercakap tentang soal menghapuskan PTPTN ini, dulu kita bercakap mungkin 10 atau 13 tahun yang lalu. Dalam keadaan pada ketika itu, kedudukan ekonomi kita berbeza, kedudukan fiskal dan hutang kita berbeza.
“Jadi hujah lama itu kita tidak boleh ambil bawa ke hadapan bagi satu kritikan yang sebegitu,” ujarnya sambil menyamakan isu penghapusan pinjaman PTPTN dengan perdebatan mengenai harga minyak.
“Sama halnya apabila kita bicara tentang soal harga minyak. Orang akan perlekeh ‘hari ini kita menang, esok turun harga minyak’.
“Kerajaan ambil beberapa tahun masa untuk kita pulihkan keadaan ekonomi, lakukan penjimatan, dan alhamdulillah hari ini harga minyak telah berjaya diturunkan (secara berperingkat melalui penyasaran),” katanya lagi.
Beliau menegaskan, sebarang perubahan dasar perlu dilihat secara menyeluruh dan berpandukan kemampuan semasa negara.
“Apakah langkah yang telah diambil oleh kerajaan?
“Kita dah lihat dalam pengumuman Belanjawan 2026 umpamanya, untuk pelajar B40 itu hutang mereka dihapuskan, jadi ini adalah satu langkah positif ke arah merealisasikan apa yang kita pernah perjuangkan sebelum ini, tertakluk kepada kedudukan ekonomi,” katanya.
Berita berkaitan
January 16, 2026, 5:29 pm
Anwar arah keputusan perolehan tentera, polis dibekukan sementara susulan isu rasuah
January 16, 2026, 4:16 pm
Cikgu sekolah rendah didakwa pegang kemaluan empat murid lelaki di Seremban
January 16, 2026, 3:36 pm
UMNO sedia buka pintu seluas-luasnya tarik tokoh Melayu kembali ke parti
January 16, 2026, 3:17 pm
Padang Merbok dibuka semula kepada orang awam selepas hampir setahun ditutup
January 16, 2026, 3:03 pm
Siasatan dakwaan aktiviti tidak bermoral libatkan 21 pegawai TUDM selesai
January 16, 2026, 2:57 pm
Dua pelajar universiti swasta masih dirawat akibat letupan gas pendingin hawa
January 16, 2026, 12:59 pm
Shahril Hamdan tiada hasrat kembali ke barisan hadapan politik
January 16, 2026, 12:54 pm
UMNO junjung kasih Agong, mohon ihsan buat Najib Razak
January 16, 2026, 12:29 pm
