Berita Berita
UMNO sedia buka pintu seluas-luasnya tarik tokoh Melayu kembali ke parti
KUALA LUMPUR 6 Jan – UMNO memberi penekanan terhadap usaha menarik semula penyertaan individu yang pernah meninggalkan parti atau tidak lagi menyokong UMNO sebagai salah satu agenda utama kepimpinan.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata, parti bersedia membuka pintu seluas-luasnya kepada individu termasuk tokoh-tokoh besar yang pernah dikenakan tindakan disiplin atau kini berada dalam parti lain, bagi tujuan penyatuan orang Melayu.
“Selain daripada agihan kuasa dan penyatuan rumah bangsa, satu lagi perkara ialah mengenai Musyawarah Nasional. Kedua-duanya saling berkaitan dan kita harap ia dapat dilaksanakan agar orang Melayu bertaut kembali di bawah rumah bangsa UMNO,” katanya ketika ditemui selepas ucapan dasar Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Jumaat.
Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa bagi menerima kemasukan atau penyertaan semula bekas ahli parti. Beliau memaklumkan, penyertaan semula itu boleh dilakukan secara individu atau en bloc (serentak).
Ahmad Maslan, yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya, menegaskan penyatuan nasional perlu berteraskan empat tunjang utama Perlembagaan Persekutuan yang wajib dihormati semua pihak.
Empat perkara tersebut ialah Raja-Raja Melayu, hak istimewa Bumiputera, Islam sebagai agama Persekutuan serta bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
“Empat perkara ini adalah tiang seri dan tunjak utama Perlembagaan negara. Ia juga menjadi garis merah yang tidak boleh dilanggar dalam membina keharmonian masyarakat majmuk,” katanya.
Berita berkaitan
March 11, 2026, 9:19 am
Mat Sabu ingatkan warga KPKM kerja dengan ikhlas dan amanah
March 10, 2026, 10:58 pm
Krisis minyak 2026: Thailand mulakan langkah penjimatan, arah agensi kerajaan laksana WFH
March 10, 2026, 6:05 pm
JIM gempur ‘Mini Dhaka’ di Lebuh Pudu, 823 warga asing diperiksa
March 10, 2026, 5:09 pm
Bicara Muhyiddin: Akaun BERSATU terima RM19.3 juta cetus ‘Red Flag’, dilapor kepada BNM
March 10, 2026, 4:41 pm
Alexander Nanta nafi kenyataan kerjasama GPS dengan PAS
March 10, 2026, 4:36 pm
Syahredzan gesa tindakan tegas isu hina simbol suci Hindu
March 10, 2026, 4:24 pm
Insiden bakar kereta Cikgu Chandra jenayah serius – Sanjeevan
March 10, 2026, 4:19 pm
