Berita Berita
'Ini Zahidlah, kita setia tapi jangan perkotak-katikkan seluruh kepimpinan UMNO' - Ahmad Zahid beri amaran pada rakan gabungan
Zahid Peringat Rakan Gabungan: Jangan Usik Prinsip dan Peranan UMNO
KUALA LUMPUR: UMNO memberi amaran tegas kepada rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan supaya menghormati prinsip serta kedudukan parti itu dan tidak memandang remeh peranannya dalam gabungan pentadbiran negara.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, walaupun UMNO komited untuk terus berada dalam Kerajaan Perpaduan demi kestabilan politik dan kepentingan rakyat, ia tidak bermakna parti itu boleh dipinggirkan.
"Keberadaan kita dalam Kerajaan Perpaduan, tidak ada usaha tebuk atap, tidak ada usaha tarik brek. Jangan risau, ini Zahidlah, kita setia tapi jangan perkotak-katikkan seluruh kepimpinan UMNO dan ahli UMNO.
"Tapi kalau (UMNO) diusik, saya dan Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan) lawan tetap lawan. Jangan cuba-cuba yang dijanjikan, nak beri... berilah. Jangan kejap beri kejap berdolak dalih. Cakap depan, jangan pusing-pusing. Kita bila janji, kita buat, bukan janji lain, buat lain," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, di sini.
Ahmad Zahid turut menegaskan, sejarah UMNO membuktikan parti itu sentiasa berpegang kepada prinsip kesetiaan dalam setiap kerjasama yang dibina.
"Kerana sejarah UMNO, siapa pun yang jadi presiden, apabila kita jalin persetujuan, hubungan dibina bukan dengan sandiwara. Kerjasama dijalin bukan dengan muslihat dan UMNO pegang prinsip kesetiaan dan mesti dibalas dengan penghormartan dan penghargaan," katanya.
Menurut beliau, permuafakatan yang telah terjalin selama 38 bulan itu perlu disertai dengan keikhlasan daripada semua pihak.
"Namun UMNO bukan parti tempelan atau pelengkap kepada mana-mana gabungan. Jangan ingat UMNO parti daun kari, bila nak masak daun masuk dalam kuali bila dihidang dikuis ketepi. UMNO adalah tiang seri kepada Kerajaan Perpaduan sekarang," katanya.
Berita berkaitan
March 11, 2026, 9:19 am
Mat Sabu ingatkan warga KPKM kerja dengan ikhlas dan amanah
March 10, 2026, 10:58 pm
Krisis minyak 2026: Thailand mulakan langkah penjimatan, arah agensi kerajaan laksana WFH
March 10, 2026, 6:05 pm
JIM gempur ‘Mini Dhaka’ di Lebuh Pudu, 823 warga asing diperiksa
March 10, 2026, 5:09 pm
Bicara Muhyiddin: Akaun BERSATU terima RM19.3 juta cetus ‘Red Flag’, dilapor kepada BNM
March 10, 2026, 4:41 pm
Alexander Nanta nafi kenyataan kerjasama GPS dengan PAS
March 10, 2026, 4:36 pm
Syahredzan gesa tindakan tegas isu hina simbol suci Hindu
March 10, 2026, 4:24 pm
Insiden bakar kereta Cikgu Chandra jenayah serius – Sanjeevan
March 10, 2026, 4:19 pm
