Berita Berita
Siasatan dakwaan aktiviti tidak bermoral libatkan 21 pegawai TUDM selesai
KUALA LUMPUR 16 Jan – Siasatan berhubung dakwaan aktiviti tidak bermoral yang dirujuk sebagai ‘yeye’ membabitkan 21 pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini telah selesai sepenuhnya.
Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris berkata, laporan siasatan berkenaan akan dirujuk kepada Cawangan Perundangan TUDM bagi meneliti jenis kesalahan serta peruntukan undang-undang yang berkaitan sebelum tindakan lanjut diambil.
Menurut beliau, pihaknya tidak sekadar memberi kenyataan bersifat kosmetik, sebaliknya memantau sendiri perkembangan siasatan tersebut sejak awal.
“Sekiranya mana-mana individu didapati bersalah, tindakan tegas akan diambil tanpa sebarang kompromi dan tanpa mengira pangkat.
“Saya akan mengotakan apa yang telah saya nyatakan sebelum ini dan tindakan sewajarnya akan dikenakan terhadap mereka yang melanggar peraturan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, kesemua 21 pegawai yang disiasat terdiri daripada anggota yang bertugas di Pangkalan Udara (PU) Subang, namun siasatan turut meliputi kemungkinan pembabitan pangkalan atau unit lain.
“Setakat ini, tiada laporan diterima membabitkan pangkalan atau unit lain berhubung isu berkenaan,” katanya.
Sebelum ini, beberapa gambar dan rakaman video tular di media sosial yang mendakwa wujud budaya tidak bermoral serta perlakuan tidak selaras dengan etika perkhidmatan dalam sebuah kem tentera.
Susulan penularan itu, Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan siasatan dalaman segera bagi menilai kesahihan dakwaan tersebut secara menyeluruh.
Berita berkaitan
March 11, 2026, 9:19 am
Mat Sabu ingatkan warga KPKM kerja dengan ikhlas dan amanah
March 10, 2026, 10:58 pm
Krisis minyak 2026: Thailand mulakan langkah penjimatan, arah agensi kerajaan laksana WFH
March 10, 2026, 6:05 pm
JIM gempur ‘Mini Dhaka’ di Lebuh Pudu, 823 warga asing diperiksa
March 10, 2026, 5:09 pm
Bicara Muhyiddin: Akaun BERSATU terima RM19.3 juta cetus ‘Red Flag’, dilapor kepada BNM
March 10, 2026, 4:41 pm
Alexander Nanta nafi kenyataan kerjasama GPS dengan PAS
March 10, 2026, 4:36 pm
Syahredzan gesa tindakan tegas isu hina simbol suci Hindu
March 10, 2026, 4:24 pm
Insiden bakar kereta Cikgu Chandra jenayah serius – Sanjeevan
March 10, 2026, 4:19 pm
