Berita Berita
Papagomo didakwa gagal kemaskini butiran perniagaan berkaitan penerimaan sumbangan bayar saman
KUALA LUMPUR 19 Dis – Penulis blog, Wan Muhammad Azri Wan Deris, 42, lebih dikenali sebagai Papagomo, didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan gagal mengemukakan perubahan butiran perniagaan kepada pihak berkuasa berkaitan penerimaan sumbangan orang awam bagi membayar saman terhadapnya dalam kes saman fitnah melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Wan Muhammad Azri yang selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Illi Marisqa Khalizan.
Menurut pertuduhan, Papagomo selaku individu bertanggungjawab bagi perniagaan Invoice Solutions, iaitu perkhidmatan dan pengurusan majlis, didakwa gagal mengemukakan perubahan terhadap butiran berdaftar perniagaan terbabit apabila digunakan untuk tujuan penerimaan sumbangan daripada orang awam bagi membayar saman, antara 24 Oktober hingga 30 November 2017. Kes ini didakwa mengikut Kaedah 17A(1)(b) Kaedah-Kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12A Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, dengan hukuman maksimum denda RM10,000 atau penjara setahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Anas Mahadzir, memohon jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin, namun peguam Muhammad Amirul Ar-Rasyid memohon jaminan lebih rendah kerana anak guamnya merupakan penanggung utama keluarga dan sedang berdepan beberapa kes saman lain.
Mahkamah kemudiannya membenarkan Papagomo diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes.
Berita berkaitan
January 16, 2026, 5:29 pm
Anwar arah keputusan perolehan tentera, polis dibekukan sementara susulan isu rasuah
January 16, 2026, 4:16 pm
Cikgu sekolah rendah didakwa pegang kemaluan empat murid lelaki di Seremban
January 16, 2026, 3:36 pm
UMNO sedia buka pintu seluas-luasnya tarik tokoh Melayu kembali ke parti
January 16, 2026, 3:17 pm
Padang Merbok dibuka semula kepada orang awam selepas hampir setahun ditutup
January 16, 2026, 3:03 pm
Siasatan dakwaan aktiviti tidak bermoral libatkan 21 pegawai TUDM selesai
January 16, 2026, 2:57 pm
Dua pelajar universiti swasta masih dirawat akibat letupan gas pendingin hawa
January 16, 2026, 12:59 pm
Shahril Hamdan tiada hasrat kembali ke barisan hadapan politik
January 16, 2026, 12:54 pm
UMNO junjung kasih Agong, mohon ihsan buat Najib Razak
January 16, 2026, 12:29 pm
