Berita Berita
Lelaki hunus pisau serang stesen metro, 4 maut di Taipei
TAIPEI 20 Dis - Sekurang-kurangnya empat individu dilaporkan maut manakala lima lagi cedera dalam satu serangan pisau yang turut melibatkan penggunaan bom asap di bandar Taipei, wilayah Taiwan, China pada Jumaat.
Menurut laporan media tempatan, suspek serangan turut disahkan antara mereka yang terkorban dalam kejadian berkenaan.
Serangan itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 5.30 petang waktu tempatan. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek yang memakai topeng gas telah membaling beberapa bom asap di Stesen Utama Metro Taipei, menyebabkan kepulan asap tebal dan seorang orang awam mengalami sesak nafas akibat terhidu asap.
Suspek kemudiannya menyerang seorang individu di lokasi berkenaan yang disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah, menurut pihak hospital.
Selepas itu, suspek melarikan diri ke kawasan perniagaan sibuk berhampiran Stesen Metro Zhongshan dan menyerang beberapa orang awam lain. Seramai enam mangsa dilaporkan cedera, dengan dua daripada mereka kemudian disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.
Media tempatan melaporkan suspek dikenal pasti sebagai lelaki berusia 27 tahun. Ketika dikepung polis di sebuah pusat beli-belah, suspek dipercayai terjatuh dari bangunan berkenaan dan meninggal dunia.
Motif serangan masih dalam siasatan pihak berkuasa. - Agensi
Berita berkaitan
January 16, 2026, 8:43 pm
Perbelanjaan SARA hampir 100 peratus, bukti keberkesanan bantuan
January 16, 2026, 8:35 pm
28 Pati sanggup berhimpit dua hari dalam ruang simpanan ikan elak dicekup Maritim
January 16, 2026, 8:35 pm
MINDEF patuh arahan PM bekukan sementara perolehan ATM berkait isu rasuah
January 16, 2026, 7:29 pm
Tiada pemilihan UMNO tahun ini, ditangguh sehingga selepas PRU16 – Ahmad Zahid
January 16, 2026, 5:29 pm
Anwar arah keputusan perolehan tentera, polis dibekukan sementara susulan isu rasuah
January 16, 2026, 4:16 pm
Cikgu sekolah rendah didakwa pegang kemaluan empat murid lelaki di Seremban
January 16, 2026, 3:36 pm
UMNO sedia buka pintu seluas-luasnya tarik tokoh Melayu kembali ke parti
January 16, 2026, 3:17 pm
Padang Merbok dibuka semula kepada orang awam selepas hampir setahun ditutup
January 16, 2026, 3:03 pm
Siasatan dakwaan aktiviti tidak bermoral libatkan 21 pegawai TUDM selesai
January 16, 2026, 2:57 pm
