Berita Berita
Perbelanjaan SARA hampir 100 peratus, bukti keberkesanan bantuan
PETALING JAYA 16 Jan – Pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) tahun lalu merekodkan kadar perbelanjaan hampir 100 peratus, termasuk di kawasan luar bandar, sekali gus membuktikan keberkesanan mekanisme bantuan tersebut.
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, pencapaian itu menunjukkan bantuan yang disalurkan benar-benar dimanfaatkan oleh golongan sasar.
Menurut beliau, pada tahun ini sasaran penglibatan kedai runcit kecil dalam program Sara akan ditingkatkan kepada 10,000 buah menjelang akhir 2026, berbanding lebih 3,000 buah pada akhir 2025.
“Langkah ini bukan sahaja memudahkan penerima mendapatkan keperluan asas, malah membantu merangsang ekonomi setempat serta menyokong pertumbuhan perniagaan kecil dan sederhana,” katanya ketika Taklimat Pejabat Perdana Menteri hari ini.
Terdahulu, Tunku Nashrul berkata, Kerajaan MADANI kekal komited mengurangkan beban kos sara hidup rakyat dengan meneruskan pelaksanaan Sara dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menerusi peruntukan keseluruhan RM15 bilion.
Menurutnya, peruntukan itu merupakan yang tertinggi setakat ini dan dijangka memberi manfaat kepada kira-kira sembilan juta penerima di seluruh negara.
Beliau berkata, bagi pelaksanaan Sara Bulanan 2026, penyaluran bermula pada 9 Januari 2026 melibatkan lima juta penerima terdiri daripada 3.7 juta isi rumah dan 1.3 juta warga emas tanpa pasangan.
“Mulai hari ini, 16 Januari 2026, penyaluran diteruskan kepada 3.1 juta penerima kategori bujang.
“Secara keseluruhan, Sara Bulanan 2026 melibatkan 8.1 juta penerima dengan peruntukan RM8 bilion, meningkat berbanding 5.4 juta penerima dengan peruntukan RM5 bilion pada tahun 2025,” katanya.
Berita berkaitan
March 12, 2026, 12:45 pm
Timbalan CEO SSM didakwa terima RM50,000 daripada anak Hamzah Zainudin tanpa balasan
March 12, 2026, 12:14 pm
Kediaman Cikgu Chandra sekali lagi diserang, terima ugutan daripada bekas ahli politik
March 12, 2026, 11:19 am
Lelaki maut terjun tingkat tiga ketika cuba elak ditahan polis di Jalan Gombak
March 12, 2026, 10:41 am
MOTAC susun semula strategi promosi TMM 2026 susulan ketegangan Asia Barat
March 12, 2026, 9:46 am
Gempar hutan di lebuh raya MEX terbakar, 27 anggota bomba terlibat padam api lebih dua hektar
March 12, 2026, 9:17 am
KESUMA mulakan langkah jimat tenaga, teliti perluas amalan WFH bagi sektor swasta
March 11, 2026, 10:16 pm
Kabinet lulus projek Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey
March 11, 2026, 10:02 pm
Lagi kes hina al-Quran: MCMC siasat akaun media sosial Dickie Borneo
March 11, 2026, 9:50 pm
