Berita Berita
28 Pati sanggup berhimpit dua hari dalam ruang simpanan ikan elak dicekup Maritim
KLANG 16 Jan - Cubaan menyeludup keluar negara secara berbahaya terbongkar apabila sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) ditemui bersembunyi dalam keadaan sempit dan tidak selesa di atas sebuah bot nelayan asing di perairan Kuala Selangor, awal pagi tadi.
Seramai 28 PATI dipercayai sanggup tidur dan bersesak dalam ruangan simpanan ikan hampir dua hari sebelum ditahan pihak berkuasa.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 4.15 pagi apabila bot nelayan asing yang dinaiki semua warga Indonesia berusia antara 24 hingga 60 tahun itu cuba melarikan diri bersama seorang tekong dan tiga awak-awak.
Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor, Komander Maritim Mohd. Fairusnizam Abdul Razak berkata, bot berwarna merah tanpa nombor pendaftaran berkenaan berjaya dipintas selepas berlaku adegan kejar-mengejar selama 15 minit pada kedudukan 3.6 batu nautika barat daya Kuala Selangor.
“Siasatan awal mendapati kesemua warga asing termasuk sembilan wanita itu dalam perjalanan menuju ke Tanjong Balai, Indonesia selepas bertolak sejak kelmarin,” katanya pada sidang akhbar, petang tadi.
Menurutnya lagi, seramai 28 PATI terbabit membayar upah sehingga RM1,900 seorang, manakala tekong menerima bayaran RM3,800 dan RM480 bagi setiap awak-awak.
“Mereka yang tiada sebarang dokumen perjalanan diri yang sah dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah bagi tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM 2007),” ujarnya.
Berita berkaitan
March 12, 2026, 12:45 pm
Timbalan CEO SSM didakwa terima RM50,000 daripada anak Hamzah Zainudin tanpa balasan
March 12, 2026, 12:14 pm
Kediaman Cikgu Chandra sekali lagi diserang, terima ugutan daripada bekas ahli politik
March 12, 2026, 11:19 am
Lelaki maut terjun tingkat tiga ketika cuba elak ditahan polis di Jalan Gombak
March 12, 2026, 10:41 am
MOTAC susun semula strategi promosi TMM 2026 susulan ketegangan Asia Barat
March 12, 2026, 9:46 am
Gempar hutan di lebuh raya MEX terbakar, 27 anggota bomba terlibat padam api lebih dua hektar
March 12, 2026, 9:17 am
KESUMA mulakan langkah jimat tenaga, teliti perluas amalan WFH bagi sektor swasta
March 11, 2026, 10:16 pm
Kabinet lulus projek Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey
March 11, 2026, 10:02 pm
Lagi kes hina al-Quran: MCMC siasat akaun media sosial Dickie Borneo
March 11, 2026, 9:50 pm
