Berita Berita
Budak perempuan dua tahun maut digilis kereta mengundur dipandu bapa di Tangkak
TANGKAK 20 Dis - Tragedi menyayat hati berlaku di Taman Kesang Baru, Parit Bunga, apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut selepas parah dilanggar kereta yang dipandu bapanya sendiri ketika mengundurkan kenderaan, pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 pagi itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala sebelum dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, namun disahkan meninggal dunia pada jam 7.30 malam hari yang sama selepas hampir 12 jam bertarung nyawa.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tangkak, Deputi Superintendan Jamellulkamal Abdul Halim, berkata siasatan awal mendapati pemandu yang juga bapa mangsa berusia lingkungan 30-an sedang mengalihkan kenderaan dengan cara berundur.
Menurutnya, bapa mangsa merasakan seolah-olah terlanggar sesuatu di bahagian belakang kenderaan sebelum memberhentikan kereta.
“Kanak-kanak itu dipercayai secara tiba-tiba keluar dari rumah dan berada di belakang kereta tanpa disedari bapanya,” katanya dalam satu kenyataan.
Jamellulkamal berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Khairul Azmi Ibrahim di talian 011-12445836 bagi membantu melengkapkan siasatan.
Berita berkaitan
January 16, 2026, 8:43 pm
Perbelanjaan SARA hampir 100 peratus, bukti keberkesanan bantuan
January 16, 2026, 8:35 pm
28 Pati sanggup berhimpit dua hari dalam ruang simpanan ikan elak dicekup Maritim
January 16, 2026, 8:35 pm
MINDEF patuh arahan PM bekukan sementara perolehan ATM berkait isu rasuah
January 16, 2026, 7:29 pm
Tiada pemilihan UMNO tahun ini, ditangguh sehingga selepas PRU16 – Ahmad Zahid
January 16, 2026, 5:29 pm
Anwar arah keputusan perolehan tentera, polis dibekukan sementara susulan isu rasuah
January 16, 2026, 4:16 pm
Cikgu sekolah rendah didakwa pegang kemaluan empat murid lelaki di Seremban
January 16, 2026, 3:36 pm
UMNO sedia buka pintu seluas-luasnya tarik tokoh Melayu kembali ke parti
January 16, 2026, 3:17 pm
Padang Merbok dibuka semula kepada orang awam selepas hampir setahun ditutup
January 16, 2026, 3:03 pm
Siasatan dakwaan aktiviti tidak bermoral libatkan 21 pegawai TUDM selesai
January 16, 2026, 2:57 pm
