Berita Berita
Polis nafi cubaan samun dua kenderaan di Jalan Bandar Tenggara
KOTA TINGGI 22 Dis – Polis mengesahkan dakwaan cubaan samun melibatkan dua kenderaan di Jalan Bandar Tenggara seperti tular di media sosial adalah tidak benar.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, berdasarkan video tular, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 8 malam, 14 November lalu, melibatkan sebuah BMW 320i hitam dan sebuah Perodua Ativa kelabu.
“Dakwaan cubaan samun yang tersebar adalah tidak tepat. Siasatan awal mendapati tiada unsur cubaan samun, ia hanyalah salah faham antara kedua-dua pemandu mengenai pemanduan di jalan raya. Pemandu BMW telah membuat laporan untuk menafikan cubaan samun, manakala pemandu Perodua Ativa setakat ini belum membuat sebarang laporan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Yusof menambah, pemandu Perodua Ativa akan dipanggil untuk diambil keterangan bagi tujuan siasatan lanjut. Beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan.
“Polis Kota Tinggi komited dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang terlibat dengan aktiviti jenayah atau perbuatan menyalahi undang-undang,” katanya.
Sebelum ini, video rakaman kamera papan pemuka berdurasi 2 minit 12 saat menunjukkan kereta BMW hitam menekan brek beberapa kali, berhenti seketika di tepi jalan sebelum meneruskan perjalanan di jalan yang agak lengang, menyebabkan pemilik video berasa kurang selesa semasa dalam perjalanan pulang ke kampung.
Berita berkaitan
January 16, 2026, 8:43 pm
Perbelanjaan SARA hampir 100 peratus, bukti keberkesanan bantuan
January 16, 2026, 8:35 pm
28 Pati sanggup berhimpit dua hari dalam ruang simpanan ikan elak dicekup Maritim
January 16, 2026, 8:35 pm
MINDEF patuh arahan PM bekukan sementara perolehan ATM berkait isu rasuah
January 16, 2026, 7:29 pm
Tiada pemilihan UMNO tahun ini, ditangguh sehingga selepas PRU16 – Ahmad Zahid
January 16, 2026, 5:29 pm
Anwar arah keputusan perolehan tentera, polis dibekukan sementara susulan isu rasuah
January 16, 2026, 4:16 pm
Cikgu sekolah rendah didakwa pegang kemaluan empat murid lelaki di Seremban
January 16, 2026, 3:36 pm
UMNO sedia buka pintu seluas-luasnya tarik tokoh Melayu kembali ke parti
January 16, 2026, 3:17 pm
Padang Merbok dibuka semula kepada orang awam selepas hampir setahun ditutup
January 16, 2026, 3:03 pm
Siasatan dakwaan aktiviti tidak bermoral libatkan 21 pegawai TUDM selesai
January 16, 2026, 2:57 pm
