Berita Berita
Guan Eng gesa kerajaan pastikan bayaran balik cukai tidak menimbulkan ‘mimpi ngeri’
KUALA LUMPUR 22 Dis – Penasihat DAP yang juga bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menggesa kerajaan memastikan mimpi ngeri pembayar cukai akibat kegagalan bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak berulang, selepas lebih RM30 bilion tidak dipulangkan antara 2015 hingga 2018.
Beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) pada ketika itu gagal membuat bayaran balik GST seperti yang diwajibkan undang-undang, menjejaskan aliran tunai dan kelangsungan operasi perniagaan.
“Jumlah bayaran balik GST yang besar ini menjadi beban berat kepada perniagaan, bukan sahaja menjejaskan aliran tunai mereka malah mengancam kelangsungan operasi perniagaan. Bayaran balik GST berjumlah RM30 bilion ini hanya dipulangkan kepada pembayar cukai oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang baru dipilih pada tahun 2019,” katanya dalam kenyataan di media sosial hari ini.
Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam menegaskan pendirian parti supaya GST dikembalikan selepas Pilihan Raya Umum ke-16 bagi memastikan keadilan ekonomi serta hasil negara yang lebih mampan.
Guan Eng berkata, Ahmad Zahid gagal merujuk kelemahan terbesar pelaksanaan GST iaitu kegagalan kerajaan membayar balik cukai input, dan beliau mempersoalkan sama ada BN boleh menjamin isu berulang itu tidak akan berlaku.
Beliau turut menegaskan bahawa sejak kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengambil alih, lebihan cukai yang dibayar oleh perniagaan tetapi tidak dipulangkan juga mencecah puluhan bilion ringgit, dengan entiti perniagaan masih belum menerima bayaran balik lebihan cukai bagi setiap tahun taksiran sejak 2020.
“Sekali lagi, seperti lebihan cukai input di bawah GST, lebihan cukai yang dibayar telah dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan dan digunakan serta dibelanjakan terlebih dahulu oleh kerajaan. Tiada asas moral, etika atau undang-undang untuk menahan lebihan cukai yang telah dibayar oleh pembayar cukai kerana ia adalah wang mereka sendiri dan bukan wang kerajaan,” katanya.
Sehubungan itu, Guan Eng berharap kerajaan semasa memulangkan sebahagian lebihan cukai yang tertunggak supaya perniagaan dapat menyambut Tahun Baharu Cina 2026 dengan lebih makmur.
Berita berkaitan
January 16, 2026, 8:43 pm
Perbelanjaan SARA hampir 100 peratus, bukti keberkesanan bantuan
January 16, 2026, 8:35 pm
28 Pati sanggup berhimpit dua hari dalam ruang simpanan ikan elak dicekup Maritim
January 16, 2026, 8:35 pm
MINDEF patuh arahan PM bekukan sementara perolehan ATM berkait isu rasuah
January 16, 2026, 7:29 pm
Tiada pemilihan UMNO tahun ini, ditangguh sehingga selepas PRU16 – Ahmad Zahid
January 16, 2026, 5:29 pm
Anwar arah keputusan perolehan tentera, polis dibekukan sementara susulan isu rasuah
January 16, 2026, 4:16 pm
Cikgu sekolah rendah didakwa pegang kemaluan empat murid lelaki di Seremban
January 16, 2026, 3:36 pm
UMNO sedia buka pintu seluas-luasnya tarik tokoh Melayu kembali ke parti
January 16, 2026, 3:17 pm
Padang Merbok dibuka semula kepada orang awam selepas hampir setahun ditutup
January 16, 2026, 3:03 pm
Siasatan dakwaan aktiviti tidak bermoral libatkan 21 pegawai TUDM selesai
January 16, 2026, 2:57 pm
