Berita Berita
Anwar gesa rakyat terus bersolidariti dengan Gaza, puji keberanian sukarelawan Malaysia
KUALA LUMPUR 22 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia menyalakan semangat keberanian dan berdiri teguh bersama Gaza bagi memastikan keadilan ditegakkan di bumi Palestin.
Beliau berkata antara usaha Malaysia adalah dengan tampil secara terbuka menyokong misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, tatkala kuasa besar dunia didakwa membisu dan menghukum mereka yang menentang kezaliman rejim Zionis.
“Apabila flotilla diserang Israel pada 2 Oktober lalu dan menahan sukarelawan kemanusiaan termasuk 23 anak Malaysia, kita bergerak pantas tanpa berlengah. Setiap saat dimanfaatkan untuk merangka strategi, menggerakkan saluran diplomatik dan memastikan keselamatan mereka menjadi keutamaan mutlak negara. Alhamdulillah, rundingan tertinggi dengan Turkiye, Mesir, Jordan dan Amerika Syarikat membuahkan hasil. Kesemua wira kemanusiaan kita dibebaskan dengan selamat dan kembali ke tanah air pada 7 Oktober,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Anwar menegaskan keberanian sukarelawan Malaysia yang membelah lautan dan memperjuangkan nasib rakyat Palestin meskipun diperlakukan secara biadab dalam tahanan Israel menjadi cerminan kekuatan solidariti Malaysia.
Pelayaran GSF melibatkan sukarelawan dari 45 negara, membawa makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan, termasuk peserta dari Eropah, Asia, Afrika Selatan, Amerika Latin dan Asia Barat.
Seramai 23 rakyat Malaysia yang menyertai misi berkenaan ditahan tentera rejim Zionis selepas kapal mereka dipintas di perairan Zon Merah R3, Laut Mediterranean, sebelum dibawa ke pelabuhan Ashdod, Israel. Antara mereka ialah penyanyi Heliza Helmi dan adiknya Nur Hazwani Afiqah, Nurfarahin Romli, Danish Nazran Murad, Zizi Kirana, serta personaliti media sosial Ardell Aryana.
Selain itu, misi itu turut disertai beberapa sukarelawan lain termasuk Musa Nuwayri, Iylia Balqis, Sul Aidil, Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiruddin, Razali Awang, PU Rahmat, Norhelmi Ab Ghani, Mohd Asmawi Mukhtar, Zainal Rashid, Ustaz Muhammad Abdullah, Muhammad Hareez Adzrami, Muhd Haikal Luqman Zulkefli dan Taufiq Mohd Razif.
Pada Mesyuarat Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini, lebih 140 negara menyokong resolusi penyelesaian dua negara dan menolak keganasan, manakala beberapa negara Barat turut mengumumkan pengiktirafan atau tindakan diplomatik menyokong Palestin, termasuk United Kingdom, Kanada, Australia, Portugal, Perancis serta beberapa negara Eropah kecil seperti Malta, Belgium, Andorra dan Monaco.
Berita berkaitan
January 16, 2026, 8:43 pm
Perbelanjaan SARA hampir 100 peratus, bukti keberkesanan bantuan
January 16, 2026, 8:35 pm
28 Pati sanggup berhimpit dua hari dalam ruang simpanan ikan elak dicekup Maritim
January 16, 2026, 8:35 pm
MINDEF patuh arahan PM bekukan sementara perolehan ATM berkait isu rasuah
January 16, 2026, 7:29 pm
Tiada pemilihan UMNO tahun ini, ditangguh sehingga selepas PRU16 – Ahmad Zahid
January 16, 2026, 5:29 pm
Anwar arah keputusan perolehan tentera, polis dibekukan sementara susulan isu rasuah
January 16, 2026, 4:16 pm
Cikgu sekolah rendah didakwa pegang kemaluan empat murid lelaki di Seremban
January 16, 2026, 3:36 pm
UMNO sedia buka pintu seluas-luasnya tarik tokoh Melayu kembali ke parti
January 16, 2026, 3:17 pm
Padang Merbok dibuka semula kepada orang awam selepas hampir setahun ditutup
January 16, 2026, 3:03 pm
Siasatan dakwaan aktiviti tidak bermoral libatkan 21 pegawai TUDM selesai
January 16, 2026, 2:57 pm
