Berita Berita
Budak lelaki 12 tahun lemas dalam tali air ketika cari ikan di Pekan
PEKAN 22 Dis - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun lemas dalam tali air sawah ketika mencari ikan di Kampung Permatang Tepung, Merchong, Nenasi di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin, berkata mangsa, Muhammad Alif Fahmi Abdullah yang juga murid tahun enam.
Katanya, berdasarkan laporan, mangsa bersama ibu serta tiga adiknya ke kawasan tali air sawah untuk mencari ikan sebelum pulang jam 6 petang.
"Bagaimanapun, mangsa bersama adik lelaki berusia sembilan tahun serta dua rakan kembali ke tali air tanpa pengetahuan bapa dan ibu mangsa.
"Ketika mencari ikan di tali air itu, mangsa dihanyutkan arus sebelum rakan meminta bantuan penduduk kampung dan pencarian dilakukan.
"Mangsa kemudiannya ditemukan kira-kira dua meter di dalam air iaitu kira-kira 20 meter dari tempat kejadian dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dibawa pulang ke rumah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, pegawai perubatan Klinik Kesihatan Nenasi membuat pemeriksaan dan mengesahkan bahawa mangsa sudah meninggal dunia.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Daerah Pekan untuk bedah siasat.
"Hasil laporan bedah siasat mengesahkan bahawa sebab kematian mangsa adalah berpunca daripada lemas," katanya.
Berita berkaitan
January 16, 2026, 8:43 pm
Perbelanjaan SARA hampir 100 peratus, bukti keberkesanan bantuan
January 16, 2026, 8:35 pm
28 Pati sanggup berhimpit dua hari dalam ruang simpanan ikan elak dicekup Maritim
January 16, 2026, 8:35 pm
MINDEF patuh arahan PM bekukan sementara perolehan ATM berkait isu rasuah
January 16, 2026, 7:29 pm
Tiada pemilihan UMNO tahun ini, ditangguh sehingga selepas PRU16 – Ahmad Zahid
January 16, 2026, 5:29 pm
Anwar arah keputusan perolehan tentera, polis dibekukan sementara susulan isu rasuah
January 16, 2026, 4:16 pm
Cikgu sekolah rendah didakwa pegang kemaluan empat murid lelaki di Seremban
January 16, 2026, 3:36 pm
UMNO sedia buka pintu seluas-luasnya tarik tokoh Melayu kembali ke parti
January 16, 2026, 3:17 pm
Padang Merbok dibuka semula kepada orang awam selepas hampir setahun ditutup
January 16, 2026, 3:03 pm
Siasatan dakwaan aktiviti tidak bermoral libatkan 21 pegawai TUDM selesai
January 16, 2026, 2:57 pm
