Berita Berita
UMNO berhak keluar Kerajaan Madani jika pengampunan Najib jadi garis merah - Rafizi
KUALA LUMPUR 23 Dis – UMNO mempunyai pilihan dan hak sepenuhnya untuk menarik diri daripada Kerajaan Madani sekiranya isu pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dianggap sebagai satu ‘garis merah’ oleh parti itu.
Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, ugutan untuk keluar daripada kerajaan bukan perkara baharu dalam politik dan ia merupakan hak mana-mana parti yang berada dalam gabungan pentadbiran.
Menurut beliau, sebelum ini DAP sendiri pernah memberi bayangan untuk menarik diri daripada Jemaah Menteri sekiranya reformasi pentadbiran tidak dilaksanakan dengan lebih pantas.
“Bagaimanapun, kalau terlalu kerap mengugut untuk keluar tetapi akhirnya tidak berbuat demikian, lama-kelamaan ugutan itu akan menjadi tumpul dan tidak lagi diambil serius.
“Pengalaman saya, saya tidak gemar mengugut. Saya buat keputusan awal, letakkan garis merah lebih awal. Jika garis merah itu dilanggar, saya letak jawatan. Tidak perlu ugut atau kerah penyokong,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Isnin.
Kenyataan Rafizi itu susulan gesaan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang secara terbuka menggesa UMNO menarik sokongan daripada Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dr Akmal dilaporkan berkata, UMNO lebih baik menjadi pembangkang yang bermaruah daripada terus berada dalam kerajaan yang didakwanya menghina parti itu.
Gesaan berkenaan dipercayai berkait dengan hantaran Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin yang menyifatkan keputusan mahkamah menolak permohonan Najib berkaitan Titah Adendum sebagai “satu lagi sebab untuk diraikan”.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata, rakyat kini memerhati sama ada kepimpinan UMNO benar-benar menganggap isu pengampunan Najib sebagai garis merah atau sekadar tekanan politik.
“Kalau ugutan keluar Kerajaan Madani dibuat berulang kali tetapi akhirnya tidak keluar, itu bermakna isu pengampunan Najib bukanlah satu garis merah,” katanya.
Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa kebebasan institusi negara masih terpelihara selagi Najib dilayan secara adil sebagai seorang rakyat di sisi undang-undang.
“Selepas ini, Najib masih boleh merayu ke Mahkamah Rayuan dan seterusnya Mahkamah Persekutuan. Kita bukan sekadar menunggu keputusan, tetapi akan meneliti hujah penghakiman hakim-hakim.
“Rakyat akan membuat penilaian sama ada wujud tekanan atau campur tangan berdasarkan kekuatan alasan penghakiman itu,” katanya.
Rafizi menegaskan, terpulang kepada pimpinan politik untuk membuat keputusan masing-masing, sama ada terus mengugut untuk keluar kerajaan atau berdepan implikasi politik daripada tindakan tersebut.
Berita berkaitan
January 16, 2026, 8:43 pm
Perbelanjaan SARA hampir 100 peratus, bukti keberkesanan bantuan
January 16, 2026, 8:35 pm
28 Pati sanggup berhimpit dua hari dalam ruang simpanan ikan elak dicekup Maritim
January 16, 2026, 8:35 pm
MINDEF patuh arahan PM bekukan sementara perolehan ATM berkait isu rasuah
January 16, 2026, 7:29 pm
Tiada pemilihan UMNO tahun ini, ditangguh sehingga selepas PRU16 – Ahmad Zahid
January 16, 2026, 5:29 pm
Anwar arah keputusan perolehan tentera, polis dibekukan sementara susulan isu rasuah
January 16, 2026, 4:16 pm
Cikgu sekolah rendah didakwa pegang kemaluan empat murid lelaki di Seremban
January 16, 2026, 3:36 pm
UMNO sedia buka pintu seluas-luasnya tarik tokoh Melayu kembali ke parti
January 16, 2026, 3:17 pm
Padang Merbok dibuka semula kepada orang awam selepas hampir setahun ditutup
January 16, 2026, 3:03 pm
Siasatan dakwaan aktiviti tidak bermoral libatkan 21 pegawai TUDM selesai
January 16, 2026, 2:57 pm
