Berita Berita
Chegubard akan serah bukti dakwaan rasuah pegawai kanan tentera kepada SPRM
KUALA LUMPUR 23 Dis – Ketua BERSATU Bahagian Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin (Chegubard) mengesahkan beliau akan hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok untuk menyerahkan maklumat berhubung dakwaan rasuah membabitkan seorang pegawai kanan tentera.
Langkah itu susulan permintaan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, agar Chegubard tampil mengemukakan bukti berkaitan dakwaan aliran masuk tunai berskala besar ke akaun pegawai terbabit.
Dalam kenyataannya hari ini, Chegubard berkata beliau akan menyerahkan maklumat yang pernah didedahkan kepada media sebelum ini, serta beberapa maklumat tambahan berkaitan kes rasuah berprofil tinggi.
"Saya berharap kehadiran saya dapat disambut secara profesional dan tertib. Saya juga memohon peluang untuk bertemu secara langsung dengan Tan Sri Azam Baki bagi memberikan penjelasan menyeluruh mengenai maklumat penting ini," katanya di Facebook.
Sebelum ini, semasa sidang media di luar IPD Dang Wangi, Chegubard memaklumkan bahawa audit forensik ke atas dokumen diterimanya mendedahkan deposit bulanan antara RM50,000 hingga RM60,000, dengan beberapa pemindahan wang bernilai ratusan ribu ringgit ke akaun pegawai tersebut.
Beliau juga mendakwa dana itu berpunca daripada akaun syarikat yang memperoleh projek berkaitan tentera, sekali gus menjadikan kes ini antara isu rasuah berprofil tinggi yang menjadi tumpuan pihak berkuasa.
Berita berkaitan
January 16, 2026, 8:43 pm
Perbelanjaan SARA hampir 100 peratus, bukti keberkesanan bantuan
January 16, 2026, 8:35 pm
28 Pati sanggup berhimpit dua hari dalam ruang simpanan ikan elak dicekup Maritim
January 16, 2026, 8:35 pm
MINDEF patuh arahan PM bekukan sementara perolehan ATM berkait isu rasuah
January 16, 2026, 7:29 pm
Tiada pemilihan UMNO tahun ini, ditangguh sehingga selepas PRU16 – Ahmad Zahid
January 16, 2026, 5:29 pm
Anwar arah keputusan perolehan tentera, polis dibekukan sementara susulan isu rasuah
January 16, 2026, 4:16 pm
Cikgu sekolah rendah didakwa pegang kemaluan empat murid lelaki di Seremban
January 16, 2026, 3:36 pm
UMNO sedia buka pintu seluas-luasnya tarik tokoh Melayu kembali ke parti
January 16, 2026, 3:17 pm
Padang Merbok dibuka semula kepada orang awam selepas hampir setahun ditutup
January 16, 2026, 3:03 pm
Siasatan dakwaan aktiviti tidak bermoral libatkan 21 pegawai TUDM selesai
January 16, 2026, 2:57 pm
