Berita Berita
Pemandu e-hailing warga emas parah dikelar di kawasan parkir di Sepang
SEPANG 23 Dis – Seorang pemandu e-hailing warga emas cedera parah selepas diserang dan dikelar oleh seorang lelaki di kawasan parkir di Bandar Baru Salak Tinggi di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam itu, mangsa yang merupakan seorang wanita berusia 60 tahun diserang oleh seorang lelaki tempatan yang dikenalinya menggunakan senjata tajam.
“Mangsa cedera parah di leher dan lengan kiri akibat kesan kelar sebelum dikejarkan ke Hospital Cyberjaya untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Norhizam berkata, suspek kemudiannya melarikan diri dari lokasi kejadian dengan memandu kereta milik mangsa jenis Perodua Bezza.
“Bagaimanapun, kira-kira jam 11.15 malam hari sama, Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, Negeri Sembilan mengesahkan seorang lelaki tempatan berusia 69 tahun, dipercayai suspek kes berkenaan, terlibat dalam kemalangan jalan raya di Taman Desa Melati, Fasa 3, Nilai.
“Suspek ditemui dalam keadaan berlumuran darah serta mengalami kecederaan di bahagian leher. Kita turut menemui sebilah kerambit,” katanya.
Beliau berkata, suspek kemudiannya dibawa ke Hospital Cyberjaya untuk mendapatkan rawatan sebelum ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pemantauan lanjut.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” ujarnya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut diminta tampil membantu siasatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Faiz Zuki di talian 011-27328077.
Berita berkaitan
January 16, 2026, 8:43 pm
Perbelanjaan SARA hampir 100 peratus, bukti keberkesanan bantuan
January 16, 2026, 8:35 pm
28 Pati sanggup berhimpit dua hari dalam ruang simpanan ikan elak dicekup Maritim
January 16, 2026, 8:35 pm
MINDEF patuh arahan PM bekukan sementara perolehan ATM berkait isu rasuah
January 16, 2026, 7:29 pm
Tiada pemilihan UMNO tahun ini, ditangguh sehingga selepas PRU16 – Ahmad Zahid
January 16, 2026, 5:29 pm
Anwar arah keputusan perolehan tentera, polis dibekukan sementara susulan isu rasuah
January 16, 2026, 4:16 pm
Cikgu sekolah rendah didakwa pegang kemaluan empat murid lelaki di Seremban
January 16, 2026, 3:36 pm
UMNO sedia buka pintu seluas-luasnya tarik tokoh Melayu kembali ke parti
January 16, 2026, 3:17 pm
Padang Merbok dibuka semula kepada orang awam selepas hampir setahun ditutup
January 16, 2026, 3:03 pm
Siasatan dakwaan aktiviti tidak bermoral libatkan 21 pegawai TUDM selesai
January 16, 2026, 2:57 pm
