Berita Berita
Wanita jadikan kerusi KLIA ‘rumah sementara’ disahkan miliki kad mental, dirujuk ke Hospital Kajang
PUTRAJAYA 23 Dis – Wanita yang tular selepas didakwa menjadikan kerusi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 sebagai ‘rumah sementara’ disahkan mempunyai kad mental dan telah diserahkan kepada Hospital Kajang untuk tindakan lanjut.
Timbalan Ketua Polis Daerah KLIA, Superintenden Albany Hamzah berkata, wanita warga tempatan itu dirujuk ke hospital berkenaan pada Khamis lalu susulan aduan orang awam mengenai kekacauan yang ditimbulkannya.
“Kami menerima aduan berhubung kekecohan yang melibatkan wanita berkenaan sebelum anggota digerakkan ke lokasi bagi meninjau keadaan.
“Hasil pemeriksaan mendapati wanita itu mempunyai kad mental dan dia kemudiannya diserahkan kepada Hospital Kajang untuk rawatan serta tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Terdahulu, tular sebuah video di aplikasi TikTok memaparkan seorang wanita yang dilaporkan gelandangan bertindak agresif dengan memarahi penumpang di KLIA.
Menerusi rakaman dimuat naik akaun Hijrah Route, wanita berkenaan dilihat bertengkar dengan beberapa individu selepas didakwa memarahi kanak-kanak yang bermain di kawasan sekitar balai pelepasan.
Semalam, Kosmo! melaporkan KLIA Terminal 1 didakwa mula menjadi ‘rumah sementara’ kepada beberapa individu gelandangan apabila sekurang-kurangnya lima lelaki dan wanita dikesan menghuni kawasan itu sejak lebih setahun lalu.
Golongan berkenaan dipercayai tidak menetap lama di KLIA bagi mengelakkan ditahan pihak berkuasa, sebaliknya berpindah-randah termasuk menjadi gelandangan di sekitar ibu negara.
Tinjauan Kosmo! selama hampir tiga jam di KLIA mendapati ada individu menjadikan kerusi di balai pelepasan sebagai tempat tidur, manakala tandas di tingkat empat digunakan untuk membersihkan diri.
Berita berkaitan
January 16, 2026, 8:43 pm
Perbelanjaan SARA hampir 100 peratus, bukti keberkesanan bantuan
January 16, 2026, 8:35 pm
28 Pati sanggup berhimpit dua hari dalam ruang simpanan ikan elak dicekup Maritim
January 16, 2026, 8:35 pm
MINDEF patuh arahan PM bekukan sementara perolehan ATM berkait isu rasuah
January 16, 2026, 7:29 pm
Tiada pemilihan UMNO tahun ini, ditangguh sehingga selepas PRU16 – Ahmad Zahid
January 16, 2026, 5:29 pm
Anwar arah keputusan perolehan tentera, polis dibekukan sementara susulan isu rasuah
January 16, 2026, 4:16 pm
Cikgu sekolah rendah didakwa pegang kemaluan empat murid lelaki di Seremban
January 16, 2026, 3:36 pm
UMNO sedia buka pintu seluas-luasnya tarik tokoh Melayu kembali ke parti
January 16, 2026, 3:17 pm
Padang Merbok dibuka semula kepada orang awam selepas hampir setahun ditutup
January 16, 2026, 3:03 pm
Siasatan dakwaan aktiviti tidak bermoral libatkan 21 pegawai TUDM selesai
January 16, 2026, 2:57 pm
