Berita Berita
Hanya Mat Jenin boleh dapat terowong percuma, Guan Eng sindir Tok Mat
KUALA LUMPUR 23 Dis – Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng mempersoalkan bagaimana projek Terowong Pulau Pinang boleh dirasmikan pada pertengahan tahun 2026 sedangkan, menurutnya, satu sen pun belum dibayar bagi pelaksanaan projek berkenaan.
Beliau menyifatkan dakwaan terowong itu boleh disiapkan tanpa sebarang bayaran sebagai tidak masuk akal.
“Macam mana nak rasmikan Terowong Pulau Pinang pada pertengahan tahun 2026 bila satu sen pun tak dibayar? Hanya Mat Jenin boleh dapat terowong percuma,” katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, kenyataan Setiausaha Publisiti DAP, Yeo Bee Yin yang didakwa ‘meraikan’ keputusan mahkamah membabitkan Datuk Seri Najib Razak terus mengundang reaksi keras apabila seorang lagi pemimpin tertinggi UMNO tampil menyindir balas tindakan berkenaan.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Menteri Luar, menyatakan beliau turut tidak sabar untuk ‘meraikan’ satu lagi keputusan mahkamah berkaitan projek Terowong Pulau Pinang yang dijangka berlangsung pada masa akan datang.
Projek berkenaan dipercayai merujuk kepada pembinaan terowong dasar laut dan tiga jalan utama bernilai RM6.7 bilion yang dikaitkan dengan kes rasuah membabitkan Penasihat DAP, Lim Guan Eng.
“Saya pun tunggu nak celebrate (raikan) apabila Mahkamah Tinggi merasmikan terowong Pulau Pinang, mungkin pertengahan 2026,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Lim Guan Eng yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang didakwa menggunakan kedudukannya untuk meminta suapan berkaitan projek pembinaan tiga jalan utama dan terowong dasar laut yang menghubungkan Pulau Pinang ke tanah besar.
Berita berkaitan
January 16, 2026, 8:43 pm
Perbelanjaan SARA hampir 100 peratus, bukti keberkesanan bantuan
January 16, 2026, 8:35 pm
28 Pati sanggup berhimpit dua hari dalam ruang simpanan ikan elak dicekup Maritim
January 16, 2026, 8:35 pm
MINDEF patuh arahan PM bekukan sementara perolehan ATM berkait isu rasuah
January 16, 2026, 7:29 pm
Tiada pemilihan UMNO tahun ini, ditangguh sehingga selepas PRU16 – Ahmad Zahid
January 16, 2026, 5:29 pm
Anwar arah keputusan perolehan tentera, polis dibekukan sementara susulan isu rasuah
January 16, 2026, 4:16 pm
Cikgu sekolah rendah didakwa pegang kemaluan empat murid lelaki di Seremban
January 16, 2026, 3:36 pm
UMNO sedia buka pintu seluas-luasnya tarik tokoh Melayu kembali ke parti
January 16, 2026, 3:17 pm
Padang Merbok dibuka semula kepada orang awam selepas hampir setahun ditutup
January 16, 2026, 3:03 pm
Siasatan dakwaan aktiviti tidak bermoral libatkan 21 pegawai TUDM selesai
January 16, 2026, 2:57 pm
