Berita Berita
Bapa mentua bergabung dengan menantu aktif menyamun di Kota Setar
ALOR SETAR 23 Dis – Hubungan kekeluargaan tidak menghalang seorang bapa mentua dan menantu lelakinya daripada terlibat dalam kegiatan jenayah apabila kedua-duanya ditahan polis kerana disyaki aktif melakukan samun dan jenayah harta benda di sekitar Kota Setar sejak tiga bulan lalu.
Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, kedua-dua suspek yang mempunyai hubungan bapa mentua dan menantu itu ditahan selepas polis menerima laporan daripada seorang penuntut wanita warga Tanzania yang disamun ketika berjalan kaki di kawasan Masjid Al Bukhary, di sini, pada jam 11 malam Jumaat lalu.
Menurutnya, hasil siasatan membawa kepada serbuan di sebuah rumah di Jalan Kota Tanah, Lorong Air Putih oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah pada jam 2.30 pagi, 20 Disember.
“Bertindak atas laporan polis itu, pada 20 Disember jam 2.30 pagi, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah melakukan serbuan di sebuah rumah di Jalan Kota Tanah, Lorong Air Putih.
“Hasil serbuan dilakukan, polis menahan dua lelaki berusia 23 tahun yang mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan lelaki berusia 46 tahun dengan 12 rekod jenayah lampau membabitkan kes curi kabel dan memiliki dadah,” katanya pada sidang media di IPK Kedah, hari ini.
Adzli berkata, penahanan kedua-dua suspek itu berjaya menyelesaikan lima kes samun (ragut), tiga kes jenayah harta benda iaitu dua kes pecah rumah serta satu kes curi motosikal di daerah Kota Setar.
Katanya, kedua-dua suspek dipercayai bergerak aktif di sekitar Kota Setar sejak tiga bulan lalu.
“Selain itu, polis turut merampas motosikal Modenas Kriss, dua telefon bimbit, sebuah tablet dan dua jam tangan jenama Rolex dan Seiko.
“Kesemua barangan itu sudah dibuat pengecaman oleh mangsa,” katanya.
Menurut Adzli, berdasarkan modus operandi, menantu lelaki berperanan sebagai peragut dengan menyasarkan wanita yang berjalan kaki menggunakan motosikal, manakala bapa mentua bertindak melupuskan barangan dan bahan bukti milik mangsa.
“Suspek meragut beg mangsa sebelum mengambil wang tunai serta barangan berharga, manakala barangan lain dibuang ke Sungai Kedah bagi menghapuskan bukti,” jelasnya.
Beliau berkata, kedua-dua suspek kini disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan tempoh reman mereka dilanjutkan sehingga esok bagi membantu siasatan.
“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 457 dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.
Berita berkaitan
January 16, 2026, 8:43 pm
Perbelanjaan SARA hampir 100 peratus, bukti keberkesanan bantuan
January 16, 2026, 8:35 pm
28 Pati sanggup berhimpit dua hari dalam ruang simpanan ikan elak dicekup Maritim
January 16, 2026, 8:35 pm
MINDEF patuh arahan PM bekukan sementara perolehan ATM berkait isu rasuah
January 16, 2026, 7:29 pm
Tiada pemilihan UMNO tahun ini, ditangguh sehingga selepas PRU16 – Ahmad Zahid
January 16, 2026, 5:29 pm
Anwar arah keputusan perolehan tentera, polis dibekukan sementara susulan isu rasuah
January 16, 2026, 4:16 pm
Cikgu sekolah rendah didakwa pegang kemaluan empat murid lelaki di Seremban
January 16, 2026, 3:36 pm
UMNO sedia buka pintu seluas-luasnya tarik tokoh Melayu kembali ke parti
January 16, 2026, 3:17 pm
Padang Merbok dibuka semula kepada orang awam selepas hampir setahun ditutup
January 16, 2026, 3:03 pm
Siasatan dakwaan aktiviti tidak bermoral libatkan 21 pegawai TUDM selesai
January 16, 2026, 2:57 pm
