Berita Berita
Abdul Hadi individu paling sesuai ketuai PN di peringkat pusat – Shahidan
KANGAR 3 Jan – Perikatan Nasional (PN) Perlis berpandangan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, merupakan individu paling sesuai untuk mengetuai PN di peringkat pusat.
Pengerusi PN Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, semua pihak wajar menghormati pendirian Abdul Hadi sebelum ini yang memutuskan bahawa PAS akan mengetuai gabungan PN.
“Tok Guru (Abdul Hadi) adalah calon paling sesuai dan calon lain terpulang kepada beliau untuk tentukan.
“Siapa sahaja yang Tok Guru sebut, kita akan sokong. Tidak kisahlah sama ada Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar atau Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, itu tidak menjadi masalah kerana kita akan sokong dan wala’ pada arahan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Menurut Shahidan, faktor kedudukan kanan dan senioriti lazimnya menjadi pertimbangan utama dalam pelantikan kepimpinan tertinggi gabungan itu.
“PN membabitkan penggemblengan tenaga PAS dan Bersatu, jadi aspek senioriti dalam gabungan ini perlu diambil kira.
“Soal sama ada pelantikan ini dapat memulihkan atau mengukuhkan keadaan semasa adalah subjektif kerana ‘ribut’ dan ‘taufan’ pasti berlaku dalam mana-mana parti, namun apa yang kita mahukan adalah keamanan,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa walaupun terdapat pandangan orang ramai yang melihat parti bergerak secara solo, PN akan tetap akur dengan sebarang keputusan yang dibuat oleh kepimpinan tertinggi gabungan itu.
“Jika ada pandangan parti perlu bergerak solo, itu hanyalah pandangan orang luar. Kita akan patuh dengan apa juga keputusan parti,” katanya.
Baru-baru ini, beberapa pimpinan kanan PN termasuk Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada pimpinan PAS menerajui PN menjelang Pilihan Raya Umum ke-16.
Berita berkaitan
January 16, 2026, 8:43 pm
Perbelanjaan SARA hampir 100 peratus, bukti keberkesanan bantuan
January 16, 2026, 8:35 pm
28 Pati sanggup berhimpit dua hari dalam ruang simpanan ikan elak dicekup Maritim
January 16, 2026, 8:35 pm
MINDEF patuh arahan PM bekukan sementara perolehan ATM berkait isu rasuah
January 16, 2026, 7:29 pm
Tiada pemilihan UMNO tahun ini, ditangguh sehingga selepas PRU16 – Ahmad Zahid
January 16, 2026, 5:29 pm
Anwar arah keputusan perolehan tentera, polis dibekukan sementara susulan isu rasuah
January 16, 2026, 4:16 pm
Cikgu sekolah rendah didakwa pegang kemaluan empat murid lelaki di Seremban
January 16, 2026, 3:36 pm
UMNO sedia buka pintu seluas-luasnya tarik tokoh Melayu kembali ke parti
January 16, 2026, 3:17 pm
Padang Merbok dibuka semula kepada orang awam selepas hampir setahun ditutup
January 16, 2026, 3:03 pm
Siasatan dakwaan aktiviti tidak bermoral libatkan 21 pegawai TUDM selesai
January 16, 2026, 2:57 pm
