Berita Berita
Tak sayang nyawa, polis tahan dua remaja buat aksi wheelie seret kepala di Jalan Tun Razak
KUALA LUMPUR 9 Feb - Aksi berbahaya dua remaja lelaki menunggang motosikal secara melulu hingga tular di media sosial berakhir dengan penahanan polis awal pagi ini.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya mengesan satu video tular berdurasi 14 saat di media sosial yang memaparkan perbuatan berisiko tinggi melibatkan dua remaja ketika menunggang dan membonceng sebuah motosikal.
Menurutnya, video terbabit menunjukkan penunggang motosikal jenis Yamaha 135LC Fi berwarna hitam melakukan aksi mengangkat roda hadapan (wheelie).
"Pada masa yang sama, pembonceng turut melakukan aksi berbahaya dengan menyeretkan kepala di atas jalan raya.
"Kejadian dipercayai berlaku di Jalan Tun Razak pada 30 Januari lalu antara jam 3.30 pagi hingga 4 pagi. Video berkenaan mendapat perhatian ramai dengan lebih 1,500 tanda suka dan puluhan komen di Facebook," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, susulan maklumat yang diterima, sepasukan pegawai dan anggota dari Unit Risikan dan Operasi JSPT Kuala Lumpur menjalankan siasatan serta risikan sebelum berjaya mengesan dan menahan kedua-dua remaja terbabit bersama motosikal yang digunakan.
"Tangkapan dilakukan di kediaman berasingan di sekitar Sungai Buloh, Selangor pada jam 2 pagi dan 2.30 pagi tadi.
"Tangkapan membabitkan lelaki berusia 18 tahun (penunggang) dan seorang lagi berusia 15 tahun (pembonceng). Turut dirampas sebuah motosikal yang digunakan semasa kejadian," katanya.
Menurut Mohd Zamzuri, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.
"Orang ramai atau saksi kejadian yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.
Berita berkaitan
February 11, 2026, 8:29 pm
Penjawat awam Pahang pulang awal setiap Jumaat sepanjang Ramadan
February 11, 2026, 8:23 pm
Tragedi tiga beradik di Kajang, polis tahan ibu bapa
February 11, 2026, 8:14 pm
MIC, Malaysia Hindu Sangam tubuh jawatankuasa tangani isu rumah ibadat tanpa kebenaran
February 11, 2026, 8:09 pm
DAP desak siasatan bebas terhadap Azam Baki isu pemilikan saham
February 11, 2026, 8:01 pm
Saya tidak terima arahan Perdana Menteri dalam siasatan SPRM - Azam Baki
February 11, 2026, 7:15 pm
PDRM tawar ganjaran, diskaun saman untuk pelapor kesalahan jalan raya
February 11, 2026, 6:37 pm
Budak 11 tahun maut, dua lagi kritikal dipercayai diberi minum methadone oleh ibu kandung di Kajang
February 11, 2026, 4:35 pm
Doktor pelatih miang ditahan rakam perempuan mandi dalam bilik air di hospital di Kelantan
February 11, 2026, 3:58 pm
