Berita Berita
Guru tuisyen maut jatuh dari tingkat 17 kondominium di Kajang
KAJANG 9 Feb - Seorang guru tuisyen wanita maut selepas dipercayai terjatuh dari beranda tingkat 17 sebuah kondominium di Bandar Tun Hussein Onn, dekat Kajang, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu, kira-kira jam 3.06 petang.
Mangsa ialah wanita warga tempatan berusia 24 tahun yang tinggal bersama keluarganya.
"Mangsa dipercayai mempunyai masalah peribadi sebelum ditemui dalam keadaan terbaring dan disahkan meninggal dunia.
"Bedah siasat mendapati punca kematian akibat kecederaan pelbagai kesan jatuh dari tempat tinggi dan tiada unsur jenayah dikesan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Naazron berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Katanya, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Raqib Abu Bakar di talian 0178806636.
Beliau turut menasihatkan individu yang berdepan masalah peribadi dan memerlukan bantuan menghubungi Talian Kasih 15999 atau berjumpa kaunselor bertauliah bagi mendapatkan khidmat nasihat.
Berita berkaitan
February 11, 2026, 12:01 pm
Had 300 liter Budi95 cukup, rakyat guna purata 100 liter sahaja sebulan - PM
February 11, 2026, 12:01 pm
Subsidi RON95 disasar, kerajaan jangka jimat sekurang-kurangnya RM2.5 bilion
February 11, 2026, 11:53 am
Mykiosk jadi 'gajah putih', Kor Ming patut letak jawatan - Ti Lian Ker
February 11, 2026, 11:51 am
Agong tegas jangan politikkan agama, keharmonian negara mesti dipelihara
February 11, 2026, 11:36 am
Rempuhan maut di lebuh raya, dua nyawa terkorban dalam nahas awal pagi
February 11, 2026, 10:29 am
Hampir sejuta kenderaan membanjiri Kelantan sempena Tahun Baharu Cina dan Ramadan
February 11, 2026, 10:11 am
Lima daerah di Kedah dilanda cuaca panas tahap satu
February 11, 2026, 10:02 am
Lebih 21,000 remaja bawah 19 tahun hamil luar nikah sejak 2019
February 11, 2026, 9:52 am
Api marak subuh, dua keluarga hilang tempat berteduh di Baling
February 10, 2026, 9:41 pm
