Berita Berita
Semangat #TangkapAzamBaki tidak boleh dipandang remeh - Rafizi
KUALA LUMPUR 16 Feb – Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menegaskan Kerajaan MADANI tidak harus memandang ringan semangat sekumpulan kecil rakyat, khususnya anak muda, yang menyertai demonstrasi #TangkapAzamBaki.
Menerusi hantaran di media sosial, beliau berkata sesuatu perjuangan yang diasaskan kepada isu benar dan bebas kepentingan peribadi lazimnya akan mendapat sokongan lebih meluas dari semasa ke semasa.
Menurutnya, isu integriti membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, memenuhi ciri-ciri yang mampu menyentuh hati rakyat.
Rafizi turut mengimbas kembali siri demonstrasi #KitaLawan yang bermula pada Februari 2015 susulan isu 1MDB, dengan menyatakan gerakan itu pada awalnya disertai jumlah kecil peserta.
Katanya, ketika itu beliau bersama beberapa pimpinan muda termasuk Nik Nazmi Nik Ahmad mengambil keputusan untuk tetap meneruskan perhimpunan walaupun kehadiran terhad.
Menurut beliau, selepas beberapa siri penganjuran, sambutan semakin meningkat dan membuktikan rakyat akan bersama jika isu diketengahkan bertepatan dengan sentimen awam.
Rafizi juga menyatakan sekiranya demonstrasi #TangkapAzamBaki dianjurkan lagi, beliau bersedia untuk hadir.
Beliau dalam masa sama memberi bayangan bahawa pengalaman gerakan terdahulu boleh dijadikan teladan dalam menilai reaksi terhadap perhimpunan semasa.
Berita berkaitan
February 16, 2026, 8:03 pm
Lelaki obesiti 150kg dibantu bomba turun dari rumah di Batu Uban
February 16, 2026, 7:54 pm
Anwar seru rakyat perkukuh muhibah, tolak prasangka sempena Tahun Baharu Cina
February 16, 2026, 5:53 pm
SPRM buka kertas siasatan perjanjian RM1.1 bilion dengan syarikat asing
February 16, 2026, 5:40 pm
Erma Fatima kembali mengarah, projek Malaysia-Indonesia jadi tumpuan
February 16, 2026, 5:23 pm
KWSP dijangka umum dividen 6.3% hingga 6.5% bagi 2025
February 16, 2026, 5:12 pm
Polis buru tiga lelaki baling mercun ke dalam rumah warga emas
February 16, 2026, 2:51 pm
'PM tiada kuasa arah PBT roboh rumah ibadat dibina tanpa kebenaran' - MIPP
February 16, 2026, 1:56 pm
Azalina saran pemilik tanah guna saluran undang-undang, elak bertindak sendiri
February 16, 2026, 1:52 pm
Rafizi berhak berhimpun, tiada isu dalaman PKR setakat ini - Fahmi
February 16, 2026, 1:46 pm
