Berita Ekonomi
Cadangan gabung 3 bank, KUSKOP sedia beri pandangan bela nasib PMKS - Ramanan
Oleh NUR LELA ZULKIPLI
SUNGAI BULOH 23 Ogos – Bantuan bagi memperkasa perusahan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam negara tidak boleh diabaikan sekiranya cadangan penggabungan tiga bank tempatan, SME Bank, Bank Pembangunan dan EXIM Bank dilaksanakan.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk R Ramanan berkata, pihaknya bersedia sekiranya terdapat perbincangan atau penelitian khusus berkenaan cadangan penggabungan itu yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan (MOF) supaya nasib PMKS terbela.
Menurutnya, ketiga-tiga bank itu juga memainkan peranan berlainan dalam membantu usahawan dan keputusan penggabungan itu bergantung sepenuhnya kepada MOF.
"Penggabungan ini bukan di bawah KUSKOP, tetapi pada pandangan saya, jika tiga bank terbabit jadi bergabung, diharap gabungan itu nanti tidak mengetepikan bantuan yang sudah diberi kepada usahawan.
"Perlu ada titik rujukan untuk PMKS kembali jika ia memerlukan bantuan kerana mengambil contoh SME Bank sendiri memang dikhaskan untuk membantu usahawan kecil.
"Oleh itu, gabungan itu nanti harus memberi satu penelitian bagaimana ia boleh mengendalikan bantuan yang sudah diberikan sebelum ini terutama oleh SME Bank," katanya kepada media selepas Majlis Perasmian Hari Koperasi Negara (HKN) 2024 Peringkat Selangor di sini, hari ini.
Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawan) Kuskop, Datuk Zamri Salleh; Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Rusli Jaafar dan Pengarah SKM Selangor, Zahir Dahari.
Dalam program berkenaan, KUSKOP melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) akan terus komited untuk membangun dan meningkatkan pencapaian koperasi ke tahap lebih tinggi.
Ini termasuk pelbagai insentif diperkenalkan bagi mendorong dan menggalakkan koperasi mengembangkan perniagaannya di samping insentif yang diwujudkan bagi mencapai Dasar Koperasi Malaysia 2030 yang diperkenalkan oleh kerajaan.
Menurutnya, Selangor mencatatkan penubuhan koperasi tertinggi dalam negara melalui 2,115 koperasi sudah didaftarkan dengan nilai syer dan yuran sebanyak RM785.83 juta, setakat 31 Disember 2023.
"Perolehan koperasi berjumlah RM706.31 juta dengan nilai aset melebihi RM2.69 juta dan keanggotaan 648,633 orang.
"Ekonomi dalam gerakan koperasi di negeri Selangor terus rancak berkembang melalui kepelbagaian jaringan perniagaan yang bergerak seiring dengan dasar semasa kerajaan dan dipacu sokongan berterusan oleh kerajaan negeri," katanya. – Media Telus
Berita berkaitan
September 2, 2026, 12:18 pm
Ringgit Ease pelihara pasaran kewangan Islam menerusi pelancaran platform finEZ
August 26, 2026, 2:33 pm
Proton sasar jualan 200,000 unit tahun ini, tertinggi dalam tempoh 15 tahun
August 3, 2026, 12:43 pm
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700 berkuat kuasa serta-merta
July 22, 2026, 3:03 pm
Berhenti tepuk tangan gembira bila bangsa usahawan jatuh — Azizan Osman
July 9, 2026, 4:02 pm
OPR kekal 2.75 peratus, ekonomi semakin kukuh
July 8, 2026, 3:08 pm
Dr. Hanafi dilantik CEO baharu Estika Medispa, catat lonjakan jualan 100 peratus
May 7, 2026, 5:14 pm
BNM kekalkan OPR pada kadar 2.75 peratus bagi tahun 2026
April 20, 2026, 12:12 pm
Pelabur luar borong RM9.5 bilion bon tempatan, Ringgit terus juara di Asia
April 18, 2026, 4:43 pm
Gangguan bekalan minyak Caltex di 5 negeri utara dan timur
April 10, 2026, 11:06 am
