Berita Berita
Kadar pengangguran turun kepada 3.1% pada Mac 2025, pasaran buruh terus stabil
KUALA LUMPUR 9 Mei - Kadar pengangguran Malaysia turun kepada 3.1 peratus pada Mac 2025, bersamaan 529,600 orang, didorong oleh ekonomi yang terus pulih dan persekitaran pasaran buruh yang stabil.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, bilangan tenaga buruh meningkat sebanyak 0.2 peratus kepada 17.31 juta orang, berbanding 17.27 juta orang pada Februari 2025.
“Kadar penyertaan tenaga buruh kekal pada 70.7 peratus, manakala bilangan penduduk bekerja meningkat 0.3 peratus kepada 16.78 juta orang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pekerja makan gaji kekal sebagai komponen terbesar dengan 12.61 juta orang, iaitu 75.2 peratus daripada keseluruhan penduduk bekerja. Golongan bekerja sendiri turut meningkat kepada 3.15 juta orang, berbanding 3.13 juta orang pada Februari.
Sektor Perkhidmatan Pacu Pertumbuhan
Sebahagian besar penduduk bekerja tertumpu dalam sektor perkhidmatan, termasuk penginapan, makanan & minuman, komunikasi serta perkhidmatan profesional dan teknikal. Peningkatan turut dicatatkan dalam sektor pembuatan, pembinaan, pertanian dan perlombongan.
Penganggur Aktif Menurun
Sebanyak 79.4 peratus daripada jumlah penganggur adalah mereka yang aktif mencari pekerjaan. Jumlah ini berkurang 0.5 peratus kepada 420,700 orang.
“63.9 peratus daripada penganggur aktif menganggur kurang daripada tiga bulan, manakala 5.5 peratus menganggur melebihi setahun,” katanya.
Penganggur tidak aktif, iaitu yang beranggapan tiada pekerjaan tersedia, turut menurun 1.1 peratus kepada 108,900 orang.
Pengangguran Belia Kekal Stabil
Kadar pengangguran dalam kalangan belia berumur 15 hingga 24 tahun kekal pada 10.3 peratus, dengan jumlah 299,700 orang. Bagi kumpulan umur 15 hingga 30 tahun, kadar kekal pada 6.3 peratus, melibatkan 399,400 orang. - Media Telus
Berita berkaitan
May 17, 2026, 5:49 pm
Laluan UTC Sentul berwajah baharu, Hannah Yeoh perkenal konsep 'Tactical Urbanism'
May 17, 2026, 5:45 pm
'Ini darah reformasi, pantang dicabar' - Anwar bidas ugutan, sedia hadapi pertembungan
May 17, 2026, 5:14 pm
Rafizi, Nik Nazmi kosongkan kerusi Parlimen, sah keluar PKR sertai parti baharu
May 17, 2026, 3:25 pm
"Guan Eng tak perlu risau, Dr Sam pegang Ketua Pembangkang sekejap saja" - Ahmad Fadhli
May 17, 2026, 3:06 pm
Dana asing RM1.5 juta didakwa untuk jatuhkan PM: PH serah kepada polis, SPRM
May 17, 2026, 12:16 pm
PH Johor sedia gerak solo selepas isyarat jelas BN tutup pintu kerjasama
May 17, 2026, 12:08 pm
Anggota Rela maut motosikal rempuh penghadang jalan selepas pulang bercuti
May 17, 2026, 12:00 pm
PRN Johor: Langkah BN tanding solo demi kestabilan, bukan kerana sombong - Puad
May 17, 2026, 11:52 am
Dr. Ahmad Samsuri dilantik Ketua Pembangkang baharu, Guan Eng persoal beban "dua topi"
May 17, 2026, 11:47 am
