TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Saksi utama kes rasuah Lim Guan Eng diserang sekumpulan lelaki

By
|
Kongsi
image

PETALING JAYA 6 Ogos – Seorang saksi utama dalam perbicaraan kes rasuah membabitkan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng, dilaporkan diserang sekumpulan lelaki di kediamannya di sini.

Difahamkan, mangsa mengalami beberapa kecederaan dalam kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan bahawa sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) telah dihantar ke lokasi bagi menjalankan siasatan.

“Kenyataan media berhubung kejadian akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi.

Mangsa merupakan saksi penting dalam kes perbicaraan yang sedang berlangsung di mana Lim, 64, berdepan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu untuk meminta suapan sebanyak RM3.3 juta sebagai balasan membantu bekas Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB), Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, mendapatkan projek terowong dasar laut bernilai RM6.34 bilion.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, George Town antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.

Dalam pertuduhan kedua yang dipinda, Lim turut dituduh meminta 10 peratus daripada keuntungan projek sebagai ganjaran dan kesalahan itu didakwa berlaku berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, pada Mac 2011.

Selain itu, Lim turut berdepan dua lagi pertuduhan kerana menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan negeri bernilai RM208.8 juta diserahkan kepada dua syarikat yang mempunyai kaitan dengan projek berkenaan. – Media Telus

+ - reset