Berita Berita
Harga ayam dan telur stabil selepas subsidi ditamatkan – KPDN
KUALA LUMPUR 6 Ogos – Harga ayam di pasaran kekal stabil sejak subsidi terhadap produk itu ditamatkan bermula 1 November tahun lalu, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Dr Fuziah Salleh.
Menurutnya, kestabilan itu dicapai hasil tindakan kementerian membanteras kartel makanan ayam, memandangkan 70 peratus daripada kos pengeluaran ayam berpunca daripada makanan ternakan.
“Sebelum penamatan subsidi, walaupun ada harga kawalan dan subsidi, pasaran ayam masih berdepan masalah.
“Tetapi sejak 1 November 2023, kita ambil data harga ayam setiap hari dan dapati harga kekal stabil, malah ada yang lebih rendah,” katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Fuziah berkata, pendekatan sama turut digunakan selepas subsidi telur ditamatkan pada 1 Ogos, dengan bekalan dan harga telur didapati terkawal dan tidak menimbulkan masalah kepada pengguna.
Beliau menjawab soalan tambahan daripada Dr Mohammed Taufiq Johari (PH–Sungai Petani) yang ingin tahu mekanisme pelaporan dan pemantauan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) dalam menangani kos sara hidup.
Dalam jawapan kepada soalan asal Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN–Bukit Gantang), Fuziah menjelaskan beberapa keputusan penting telah dibuat hasil tiga Mesyuarat NACCOL dan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif NACCOL tahun ini.
Antara inisiatif utama:
-
Peruntukan Jualan Rahmah ditingkatkan dari RM300 juta kepada RM600 juta bagi tahun ini.
-
Jualan Agro Madani diperluas dengan tambahan RM25 juta bagi pelaksanaan sehingga tahun 2025.
-
Pemerkasaan pengguna dalam sektor kesihatan, termasuk kewajipan preskripsi ubat, paparan harga ubat bermula 1 Ogos, dan penyediaan bil terperinci oleh klinik.
“Dalam aspek pendapatan dan perbelanjaan asas, kerajaan melalui NACCOL juga sedang membangunkan Indikator Kos Sara Hidup dan Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar sebagai rujukan dasar,” katanya.
Fuziah menegaskan bahawa usaha advokasi terhadap perbelanjaan asas telah bermula dan bakal digunakan dalam merangka tindakan kerajaan akan datang. – Media Telus
Berita berkaitan
July 27, 2026, 7:48 pm
Sanusi tegaskan ucapan di Jempol rujuk fakta sejarah, bukan nafikan kerakyatan
July 27, 2026, 7:16 pm
Pelarian Rohingya berkumpul depan pejabat UNHCR, tindakan tegas akan diambil
July 27, 2026, 3:59 pm
Kerajaan kaji tambah baik proses kenaikan pangkat pegawai kanan ATM
July 27, 2026, 3:16 pm
Orang lain anjur ratusan juta, kita cuma belanja RM16 juta perbaiki trek F1 Sepang - PM
July 27, 2026, 3:02 pm
Salah urus dan campur tangan politik punca Felda rugi RM10 bilion
July 27, 2026, 2:58 pm
Enam lelaki mengaku tidak bersalah culik ahli perniagaan, minta tebusan RM8 juta
July 27, 2026, 1:23 pm
Guan Eng jumpa Anwar cadang satu peperiksaan kemasukan universiti awam untuk semua pelajar
July 27, 2026, 12:07 pm
Rakyat Malaysia maut ditikam akibat perselisihan 2 kumpulan di Korea
July 27, 2026, 11:25 am
