Berita Berita
Agong pandu sendiri Proton Satria Neo ke sambutan Hari Kebangsaan

PUTRAJAYA 31 Ogos – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bersama Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah tiba di Dataran Putrajaya untuk sambutan Hari Kebangsaan 2025 dengan menaiki Proton Satria Neo yang dipandu sendiri oleh baginda, sekali gus mencuri perhatian orang ramai.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut hadir, disusuli dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof bersama barisan menteri kabinet serta tetamu kenamaan lain.
Sultan Ibrahim kemudian berkenan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama sebelum acara diteruskan dengan persembahan ketenteraan, pertunjukan pentas serta perarakan warna yang menggambarkan aspirasi Malaysia Madani.
Sebanyak 81 kontijen melibatkan 14,062 peserta mengambil bahagian dalam perarakan tersebut, termasuk 21 pancaragam, tujuh perarakan kereta berhias, 508 aset darat dan udara serta 116 haiwan perkhidmatan. - Media Telus
Berita berkaitan
September 1, 2025, 8:40 am
Pemandu tak bersalah kini boleh tuntut insurans sendiri tanpa hilang NCD - BNM
August 31, 2025, 8:27 pm
Johor terus dilanda gempa bumi, kali ini di Semerah, Batu Pahat
August 31, 2025, 12:16 pm
Wanita naik pentas cuba dekati Sultan Perak ditahan polis
August 31, 2025, 10:22 am
Jemaah Menteri seru perkukuh perpaduan sempena Hari Kebangsaan ke-68
August 31, 2025, 9:03 am
Bedah siasat sahkan tiada kecederaan pada tahanan yang meninggal di lokap
August 30, 2025, 5:54 pm
Bedah siasat kedua Syamsul Haris bongkar kecederaan mencurigakan, peguam desak inkues dijalankan
August 30, 2025, 12:39 pm