Berita Berita
Bedah siasat sahkan tiada kecederaan pada tahanan yang meninggal di lokap

SEREMBAN 31 Ogos– Seorang lelaki berusia 46 tahun yang berada dalam tahanan reman di lokap Balai Polis Seremban 2 meninggal dunia selepas didapati tidak sedarkan diri, kelmarin.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, lelaki tempatan itu ditahan pada 28 Ogos lalu bagi membantu siasatan kes curi motosikal mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
“Terdahulu, si mati dibawa ke hadapan Majistret dalam keadaan sihat untuk permohonan tahanan reman dan tiada sebarang pengaduan dibuat kepada Majistret atau peguam,” katanya.
Menurutnya, kira-kira jam 6.30 petang, tahanan lain mendapati lelaki itu tidak sedarkan diri sebelum cuba mengejutkannya. Pasukan perubatan yang dipanggil kemudian mengesahkan kematian di lokasi.
Bedah siasat di Unit Forensik Hospital Rembau mendapati tiada sebarang kecederaan dalaman atau luaran pada badan mangsa. Bagaimanapun, laporan penuh serta keputusan ujian kimia masih ditunggu bagi mengenal pasti punca kematian.
“Semakan rakaman CCTV lokap mendapati tiada sebarang pergaduhan atau pergerakan mencurigakan yang boleh dikaitkan dengan kematian tersebut. Siasatan dalaman sedang dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan, JIPS Bukit Aman,” katanya.
Beliau menegaskan polis komited terhadap prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban dan keadilan dalam menangani kes seumpama itu, serta meminta orang ramai tidak membuat spekulasi sehingga siasatan selesai. - Media Telus
Berita berkaitan
September 1, 2025, 8:40 am
Pemandu tak bersalah kini boleh tuntut insurans sendiri tanpa hilang NCD - BNM
August 31, 2025, 8:27 pm
Johor terus dilanda gempa bumi, kali ini di Semerah, Batu Pahat
August 31, 2025, 12:16 pm
Wanita naik pentas cuba dekati Sultan Perak ditahan polis
August 31, 2025, 10:22 am
Jemaah Menteri seru perkukuh perpaduan sempena Hari Kebangsaan ke-68
August 31, 2025, 8:35 am
Agong pandu sendiri Proton Satria Neo ke sambutan Hari Kebangsaan
August 30, 2025, 5:54 pm
Bedah siasat kedua Syamsul Haris bongkar kecederaan mencurigakan, peguam desak inkues dijalankan
August 30, 2025, 12:39 pm