Berita Berita
Jasad Zara Qairina dalam keadaan baik walau sudah dikebumi 17 Julai lalu - Imam masjid
SIPITANG, 10 Ogos – Suasana hiba menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Mesapol apabila kubur Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang dikebumikan pada 17 Julai lalu digali semula petang tadi bagi tujuan bedah siasat.
Menurut laporan Berita Harian, Imam Rawatib Masjid Haji Hashim Pekan Sipitang, Amani Azral, yang turut menyaksikan proses berkenaan mengesahkan jasad arwah masih dalam keadaan baik dan utuh.
"Betul dan bukan saya seorang saja yang menyaksikannya, ramai lagi... ada polis, pegawai dari JHEAINS Sipitang, imam-imam dan wakil dari JAKIM," katanya ketika dihubungi.
Sebelum itu, video tular di media sosial memaparkan ibu Allahyarham mendakwa jasad anaknya kekal utuh, dengan Amani turut mengiyakan kenyataan tersebut.
Proses penggalian semula yang bermula jam 6.04 petang selesai kira-kira sejam kemudian pada 7.31 malam.
Jasad kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) di Kota Kinabalu untuk bedah siasat pada jam 9 pagi hari ini.
Peguam keluarga arwah, Hamid Ismail berkata, penggalian kubur berjalan lancar dan turut disaksikan oleh ibu bapa Allahyarham serta Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali. – Media Telus
Berita berkaitan
May 26, 2026, 6:00 pm
Bumbung dewan perhimpunan MRSM Kuantan musnah terbakar
May 26, 2026, 5:10 pm
Jasad Nur Izzati ditemui sempurna di kawasan kebun, tiada tanda serangan haiwan liar
May 26, 2026, 4:06 pm
Polis akan panggil Azam Baki kes ugut Albert Tei
May 26, 2026, 1:46 pm
Empat hari hilang, Nur Izzati Humaira ditemukan meninggal dunia tengah hari ini
May 26, 2026, 1:30 pm
