Berita Jenayah
Dua anggota polis parah diserang suspek dadah ketika operasi tangkapan di Perak
KUALA LUMPUR 24 Jun - Dua anggota polis cedera parah selepas diserang dengan pisau oleh seorang lelaki dipercayai penagih dadah ketika operasi tangkapan di Kampung Sungai Jernih, Ijok, Selama, Perak, tengah hari semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, seorang konstabel mengalami kecederaan serius di bahagian muka, manakala seorang sarjan cedera di kepala, lengan dan perut selepas diserang suspek yang bertindak agresif ketika cuba diberkas.
Menurut sumber, kedua-dua anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama itu menerima maklumat mengenai kehadiran seorang lelaki disyaki penagih dadah di sebuah pondok di kampung berkenaan.
Susulan maklumat tersebut, mereka diarahkan menjalankan pemantauan sebelum mengambil tindakan menahan suspek yang berusia lingkungan 30-an.
Bagaimanapun, suspek bertindak melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis di lokasi.
Salah seorang anggota berjaya menahan suspek, namun berlaku pergelutan sebelum lelaki itu dipercayai mengeluarkan sebilah pisau kecil dan menyerang anggota terbabit.
Akibat serangan itu, konstabel berkenaan mengalami torehan panjang pada muka dari dahi hingga ke pipi selain kecederaan pada lengan kanan.
Seorang lagi anggota berpangkat sarjan yang cuba membantu rakannya turut diserang sehingga mengalami kecederaan di kepala, lengan serta bahagian atas perut.
Selepas menyerang kedua-dua anggota polis tersebut, suspek melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran.
Kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Selama untuk mendapatkan rawatan.
Berikutan kejadian itu, polis melancarkan operasi memburu suspek termasuk melaksanakan Op Tutup di semua laluan keluar masuk kawasan berkenaan.
Setakat ini, suspek masih diburu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 11:09 am
Geng rompak kubur di Miri tumpas, sembilan lelaki ditahan
October 27, 2026, 5:32 pm
Empat budak Myanmar direman baling batu, batang besi ke arah warga emas
October 27, 2026, 12:14 pm
Peneroka Felda Lok Heng Selatan maut ditetak lelaki mengamuk
October 27, 2026, 12:04 pm
Kes gangguan seksual: Pengetua sekolah lapor polis selepas diserang keluarga pelajar
October 26, 2026, 10:53 am
Lelaki China ditahan di Hong Kong bawa 2 kilogram kokain didakwa peroleh dadah di P. Pinang
October 19, 2026, 7:28 pm
Polis buru lelaki menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor, lakukan aktiviti penipuan
October 19, 2026, 11:06 am
Geng curi motosikal tumpas, polis berkas tiga lelaki
October 18, 2026, 12:04 pm
Polis siasat hantaran provokasi bakar kedai milik warga Pakistan
October 18, 2026, 11:57 am
Wanita direman, bantu siasatan penemuan mayat bayi tidak sempurna di Terengganu
October 16, 2026, 2:49 pm
